Kumpulan Grup Lagu Puisi (GLP)
Kumpulan Grup Lagu Puisi (GLP) dianggotai empat anak muda membawa nafas baru kepada dunia seni khususnya peminat lagu puisi.
GLP yang dianggotai Wan Nur Ilyani Wan Abu Bakar atau Ilya Kablam sebagai penyanyi, 32, Mohd Hijasri Hassim, 25 (Hijas - penyanyi), Ahmad Nazif Che Abdul Rahman, 24 (Nazif - keyboard) dan Mohd Khairi Azuandi Azahari, 25 (Azuan Dy-gitar) berhasrat mengembalikan semula kegemilangan lagu puisi seperti yang pernah dikecapi Harmoni dan Kopratasa suatu ketika dulu.
"GLP mengambil lirik dari puisi meliputi pelbagai aspek menyentuh kehidupan, masyarakat, sosial, cinta dan motivasi. Kesemuanya bersifat positif dan membina masyarakat.
"Namun konsep muzik kami ditampilkan dalam pelbagai rentak muzik seperti pop dan rock kerana GLP tak mahu terikat dengan sesuatu genre saja. Bagaimanapun, ia tetap berteraskan kepada elemen muzik utama iaitu pop kerana ia mudah diterima ramai," kata Ilya.
Menurutnya, GLP diasaskan pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Irwan Abu Bakar juga pengasas eSastera2u.com iaitu laman web yang mengumpulkan pelbagai jenis puisi di Internet.
Ilya berkata, Dr Irwan yang juga bapanya adalah individu yang mengilhamkan penubuhan GLP pada 2011 bagi memeriahkan kembali dunia seni dengan lagu puisi.
"Saya dan Hijas bertindak sebagai penyanyi manakala Nazif dan Azuan Dy akan mengiringi persembahan kami. Asalnya, hanya saya seorang anggota GLP. Ketika itu saya aktif menyertai deklamasi puisi.
"Tiga lagi anggota ditemui Dr Irwan ketika Sayembara Deklamasi Puisi di UM pada tahun yang sama. Ia menjadi mudah kerana kebetulan Dr Irwan adalah pensyarah mereka," katanya.
Ilya berkata, mereka aktif mengadakan persembahan selepas itu dengan menyanyikan lagu puisi yang diambil dari eSastera2u.com. Peranan besar dipikul Nazif dan Azuan Dy yang bertanggugjawab menghasilkan lagu buat GLP.
"Banyak lagu yang dihasilkan Nazif menampilkan muzik terkini kerana kami menyasarkan pelbagai golongan terutama orang muda. GLP juga membuat banyak persembahan di serata Malaysia dan Indonesia terutamanya di pusat pengajian tinggi.
"Selain itu, kami sering terbabit dalam pelbagai pelbagai majlis dan acara sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka serta pernah muncul dalam program Assalammualaikum di TV Al Hijrah," katanya.
Melihat dalam masa setahun GLP mula dikenali ramai, mendorong mereka untuk memasuki pasaran arus utama muzik tanah air.
Tambahan pula, GLP sudah menghasilkan dua single yang dihantar ke stesen radio iaitu Doa Untuk Gaza dari puisi ciptaan Zainal Rashid Ahmad dan Suluh Sinar dari puisi Dinie Wan.
"Seperti yang dikatakan, kami melihat muzik GLP sesuai untuk pasaran sekarang. Kelainan yang ditampilkan ada dari segi lirik. Sebenarnya lirik dari puisi amat menarik. Contohnya Melly Goeslow yang sering tampilkan lirik puisi dalam lagu ciptaannya.
"Kami nak khalayak sekarang hargai puisi. Untuk itu liriknya dijaga agar tak terlalu berat dan mudah difahami. Penulis puisi ini juga kebanyakannya terdiri dari orang muda," katanya.
Sebagai orang baru, GLP menganggap mereka bertuah kerana dapat menggunakan khidmat Umarul Iklim, Awang BPR dan Bakri (Meet Uncle Hussain) sebagai penerbit album berjudul Perada Cinta yang dijangka berada di pasaran pada April depan.
"Kesemua lagu adalah ciptaan kami dan peranan mereka hanya membuat susunan muzik dan menerbitkan lagu. Kami ditemukan dengan Umarul yang bertindak sebagai penasihat album," katanya.
Antara aktiviti GLP

0 ulasan:
Catat Ulasan