Sinopsis Cinta Kau dan Aku
Cinta Kau dan Aku mengisahkan mengenai seorang gadis cantik dan baik hati bernama Nur Farisya Iman atau Risya. Selepas bapanya meninggal dunia, keluarganya hidup dalam serba kekurangan dan sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar tetapi masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mengakibatkan Risya tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Kemudian dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah iaitu tokoh korporat yang terkenal.

Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja. Bagaimanapun tiada siapa menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya.

Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Untuk menyaksikan apakah yang berlaku antara Risya dan Farish Hakimi, anda harus mengikuti drama ini hingga akhir.

Drama bersiri Cinta Kau dan Aku diadaptasi daripada novel popular Cinta Kau dan Aku karya Siti Rosmizah terbitan Buku Prima.

Cinta Kau Dan Aku menggandingkan pelakon  Sara Ali dan Fizz Fairuz di samping Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF dan Mustafa Kamal  menemui penonton dalam slot Arca setiap Khamis dan Jumaat, jam 10.05 malam menerusi TV1.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top