Didie Alias sekali lagi diberi mandat berganding dengan Along Cham sebagai pengacara karpet merah ABPBH 2012. Paling diingati, percaturannya bergaya pelik dengan mengenakan kostum hingga digelar Lady Gaga Malaysia memberi impak kepada kerjaya seninya.

Namun, sampai bila Didie akan memilih gaya begitu?

"Imej begini akan saya kekalkan selagi ada yang menerima dan menantikan kehadiran saya dalam acara hiburan. Secara jujur, saya tidak mampu menjelaskan sampai bila saya akan tampil begini.

"Namun, ia tidak bererti saya tidak boleh bergaya biasa atau feminin. Masih ada pihak yang mahu saya bergaya biasa termasuk dalam sesi fotografi," katanya .



Cungkil kemahiran pelajar Kolej Komuniti

Didie berkata, idea mengenakan tema kostum pada ABPBH 2009 bertemakan cetusan warna bersama teman baik, Enot tercetus selepas dia membintangi drama Jidin yang disiarkan TV3. Lantas, kostum dalam drama itu dipakai mereka. Keberanian dan keyakinan ala `berani mati' Didie tampil dengan kostum berkenaan menarik perhatian ramai.

"Malah, gelaran Lady Gaga Malaysia kekal hingga sekarang. Ketika saya diberi mandat mengacarakan Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) gelaran itu juga dilaungkan peminat," kata Didie yang memikul tanggung jawab sebagai hos bersama Along Cham sepanjang siri jelajah ABPBH 2012.

Didie berkata, sepanjang siri jelajah edisi terbaru anugerah berprestij ini, dia turut mendapat tajaan busana daripada pelajar Kolej Komuniti.

"Kerjasama ini bermula selepas saya pernah menggayakan busana bercorak fantasi pada Anugerah Skrin (ASK) lalu. Ketika itu, saya memilih watak sebagai kakak tiri kepada Sindarella yang dipegang Ella.

"Pada ASK, saya mendapat sentuhan daripada pelajar yang dikenali sebagai Iskandar dari Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Tak sangka pula kerjasama itu berlanjutan hingga ke ABPBH 2012 pula," katanya.

Didie memberitahu, setakat ini, Kolej Komuniti menaja tujuh persalinan untuk digayakan pada siri jelajah ABPBH 2012.

"Pelajar Kolej Komuniti mempunyai bakat dan kreativiti, tetapi jarang mendapat pendedahan. Jadi secara tak langsung dengan kerjasama ini, kita boleh menyuntik semangat atas kebolehan mereka," katanya yang berterima kasih kepada Pengarah Kolej Komuniti, Amir Md Noor atas kerjasama itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top