Kisah pembunuhan Lincoln di saluran National Geographic
MulaiI 17 Mac lalu, saluran National Geographic (Astro 553), menayangkan filem berjudul Killing Lincoln. Program berkenaan menayangkan antara peristiwa paling penting dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Dilengkapi dengan unsur sejarah utama, program selama dua jam ini memaparkan saat akhir Presiden ke-16 AS, Abraham Lincoln, dibunuh kejam oleh John Wilkes Booth.

Adaptasi daripada buku

Kisah yang diadaptasi daripada buku terlaris nukilan Billy O'Reilly menampilkan Billy Campbell sebagai Presiden AS itu, manakala watak pembunuh dilakonkan Jesse Johnson.

Filem ini diarahkan oleh Adrian Moat dengan skrip ditulis oleh pemenang Anugerah Emmy yang juga penerbit eksekutifnya, Erik Jendresen (Band of Brothers).

Killing Lincoln sarat dengan unsur novel jenayah yang berkait dengan konspirasi, pembunuhan dan pemburuan.

Ia mengisahkan penyokong belah selatan, John Wilkes Booth, yang merancang untuk membalas dendam terhadap Presiden AS itu kerana berasakan Lincoln pegawai kerajaan yang zalim. Booth beranggapan Lincoln bukan saja ingin menghapuskan sistem hamba abdi, malah mahu menghapuskan cara hidup orang selatan.

Atas alasan itu, Booth merancang misi untuk menculik Lincoln dan melarikannya ke selatan. Namun, apabila gagal dengan misi penculikannya, Booth membuat keputusan untuk membunuh lelaki itu.

Pemegang peranan Lincoln, Campbell berkata, Lincoln seorang yang disanjungi dan dihormati di seluruh dunia. Justeru, timbulnya salah faham dalam kalangan parti politik kerana mereka menganggapnya sebagai pemimpin penuh kontroversi.

Filem latar tahun 1864

"Tambahan pula Lincoln mempunyai ramai musuh sehingga dia sendiri boleh meramalkan mengenai agenda untuk membunuhnya. Saya berasa perlu untuk kita menyampaikan kisah tersembunyi di sebalik hidup Lincoln. Dia seorang yang sangat teguh dan tenang ketika berdepan dengan perang walaupun firasat mengenai kematiannya menghantui diri," kata Campbell.

Filem ini mengambil latar pada Ogos 1864 iaitu setahun sebelum pembunuhan Lincoln. Riwayat hidup Lincoln berakhir ketika dia bersiar-siar menunggang kudanya secara bersendirian. Secara tiba-tiba sebuah peluru sesat menembusi topinya menyebabkan tubuhnya jatuh menyembah bumi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top