Penerbit, pengarah dan pelakon Elaine Daly doakan Hans Isaac.

Pernah bercinta dengan aktor kacak Hans Isaac, bagi Elaine kisah cinta itu hanya pernah menjadi sebahagian daripada pengalaman hidupnya.

Mengakui masih lagi rapat lagi dengan Hans, terus terang wanita ini memberitahu tiada lagi harapan untuk kedua mereka bersama kembali seperti dahulu.

"Kami masih rapat, malah lebih rapat dari waktu bercinta dahulu.

"Kami sudah berpisah 10 tahun lamanya sebagai kekasih. Namun kini saya anggap dia hanya sebagai abang saya, tidak lebih dari itu," katanya jujur.

Tidak menolak memberitahu dia juga masih rapat dengan ahli keluarga bekas kekasihnya itu, menurut Elaine mungkin sikap professional mereka berdua menjadikan hubungan yang terjalin lebih mudah.

"Saya tidak ada masalah untuk bekerja dengan Hans, malah pada malam Anugerah Bella nanti juga kami akan berada di atas pentas yang sama.


"Kami pernah bersama selama lima tahun sebelum berpisah, dan kami juga memilih untuk berpisah secara baik. Dan sehingga kini kami sangat menghargai hubungan yang terjalin ini," katanya.

Ditanya pendapatnya mengenai pelakon Neelofa yang kini sedang hangat dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu, bagi Elaine adalah baginya cukup untuk mengetahui Hans bahagia. Malah tiada sebab untuk dirinya merasa ragu akan siapa juga wanita di sisi Hans kerana apa yang lebih penting adalah kebahagiaan rakannya itu.

"Saya tidak kisah dia dengan siapa juga, bagi saya cukup untuk mengetahui dia bahagia sekarang ini.

"Saya juga fikir dia pun di dalam keadaan yang sama. Dia akan sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik untuk saya," katanya tersenyum.

~ Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top