Sinopsis The Croods 
The Croods mengisahkan enam orang anggota keluarga The Croods yang tinggal di gua, jauh dari peradaban dunia moden. Setiap hari mereka memburu untuk mencari makanan dan hidup mereka bagaikan nyawa di hujung tanduk. Di sekeliling mereka, haiwan liar bagai menunggu waktu memakan manusia.

Ketua keluarga The Croods yang juga bapa, Grug (watak menggunakan suara Cage) begitu menyayangi keluarganya dan bermati-matian melindungi mereka daripada ancaman haiwan liar. Namun, disebabkan hidup mereka terlalu banyak diluangkan dalam gua, anak perempuannya, Eep (Emma Stone), menjadi bosan dan teruja mengenali dunia luar.

Pada masa sama, bumi sedang menuju kemusnahan dan seorang lelaki, Guy (Ryan Reynolds) mengembara untuk menyelamatkan diri. Dalam perjalanannya itu, Guy bertemu Eep, sekali gus mereka sekeluarga terbabit dalam pengembaraan pemuda berkenaan.

Dalam tidak sedar, Guy dan Eep mula memadu kasih. Begitu banyak cabaran dan keseronokan dilalui keluarga The Croods di sepanjang pengembaraan mereka mencari tempat berlindung.

Suatu pengembaraan menakjubkan apabila pengarah memperlihatkan keindahan alam semula jadi dan keunikan flora serta fauna di sepanjang perjalanan kisah ini. Paparan visualnya menyejukkan mata serta tampak realistik, lebih-lebih lagi apabila ditonton menerusi versi tiga dimensi (3D).


Filem: The Croods

Genre: Pengembaraan, Animasi, Komedi, Keluarga

Pengarah: Chris Sanders, Kirk DeMicco

Suara Latar: Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Emma Stone, Catherine Keener, Clark Duke, Cloris Leachman

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top