Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi ruang kepada kumpulan rock untuk beraksi menerusi program Rockers Apa Khabar.

Penerbit bersekutunya, Megat Syafnir Farree berkata, hal ini membuatkan kumpulan-kumpulan rock yang tidak sempat menempa nama dalam industri muzik tempatan diberi dalam program 13 episod tersebut.

"Usaha mengembalikan kegemilangan zaman rock kapak atas kerjasama RTM adalah satu penghargaan yang sangat besar setelah muzik ini pernah disekat satu ketika dahulu.

"Selain itu, menerusi Rockers Apa Khabar, pihak RTM ingin membuat koleksi kumpulan-kumpulan rock yang pernah ada di negara kita," katanya.

Sebanyak 13 kumpulan rock termasuklah kumpulan Utopia, Meditasi, Samudera, CRK, Putra, Satira, Burnmark, EYE, Lela, Graviti, Junction, Handy Black dan Bloodsheed telah berkumpul bagi menjayakan program Rockers Apa Khabar yang bakal ditayangkan pada Jun depan di TV2.

Setiap kumpulan akan menyampaikan enam buah lagu popular masing-masing seperti Sinambungan Cinta oleh Graviti, Maya Percintaan (Utopia), Surat Dari Hiroshima (Satira), Bidadari (Lela), Srikandi Cintaku (Bloodshed), Izinkan Selamanya Nama di Hati (EYE) dan Kain Cinta Putih (Putra).

Menurut pengarah kreatifnya, Bakaruddin Daud yang juga merupakan ahli kumpulan Meditasi, program selama sejam itu bukan sahaja menampilkan persembahan nyanyian sahaja, bahkan juga kehidupan kumpulan-kumpulan tersebut.

"Dalam program ini, ia turut memaparkan kehidupan sebenar para artis rock ini di mana tidak semuanya hidup senang.

"Namun, muzik mereka masih lagi mantap dan bertenaga jika membuat persembahan.

"Kumpulan-kumpulan rock otai sudah lama tidak mendapat publisiti di media. Apabila dapat berkumpul seperti ini untuk satu sesi fotografi, ia suatu pengalaman yang berharga buat kami," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top