Teater Kerongsang Puziah mengisahkan masyarakat kampung yang mengalami konflik membabitkan hubungan cinta, politik dan skandal.
Kerongsang Puziah dijayakan Nur Ezureen Mohd Yunus sebagai Buruk atau Puziah Jangok, Mohd Raziq Noorhisham (Bagus atau Jusoh Busuk) dan Muhd Hafizzuddin Mohd Ruslan (Baik atau Seman Bojeng).
Mereka dibantu Siti Ashmeeme Zul, Zuhaili Zuhairi Abdullah, Yousef Al Farouk Ala' @ Yousef, Mohd Asyraf Mohd Najib, Adam Asraf Azril dan Mohd Zharif Sallehuddin.
Pementasan pada 30 Mac berlangsung pada dua sesi iaitu jam 3 petang dan 8.30 malam. Pementasan pada 31 Mac pula akan berlangsung pada jam 3 petang. Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 03-26975327 (Mohd Faiz).
--------------------
KEUPAYAAN pelajar tahun satu Fakulti Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) perlu dinilai bagi melihat sejauh mana mereka memahami dan menerima modul pembelajaran di situ dengan mementaskan naskhah teater masing-masing.
Justeru, fakulti ini memilih mementaskan naskhah teater Kerongsang Puziah karya Wan Ahmad Ismail bermula malam ini hingga Ahad ini di Blackbox ASWARA bermula jam 8.30 malam.
Teater yang memaparkan latar tahun 1990-an ini membabitkan penyertaan 14 pelajar manakala kos yang dikeluarkan begitu minimum iaitu sekitar RM2,000 saja.
Pembimbing teater ini, Engku Norzalifah Abdul Rased yang juga pensyarah di Fakulti Teater ASWARA berkata, Kerongsang Puziah dipilih kerana ia sebuah naskhah yang baik. Penulisnya orang Terengganu dan latar cerita juga mengambil situasi di negeri itu.
"Teater ini pernah dipentaskan di negeri yang sama beberapa tahun lalu. Saya tertarik dengan jalan ceritanya dan memilihnya sebagai ujian untuk pelajar saya. Ia adalah sebuah teater moden.
"Di sini, saya menyerahkan segala-galanya kepada pelajar untuk menjayakan persembahan mereka. Dari aspek sinografi, tatarias, pencahayaan dan props semuanya diserahkan bulat-bulat kepada mereka sendiri.
Ini adalah ujian buat mereka," katanya.
Selain itu, konsep persembahan ini ialah memberi pendidikan dan pengajaran sambil berhibur kepada mahasiswa dan masyarakat dalam dan luar kampus amnya.

0 ulasan:
Catat Ulasan