Selepas menunaikan umrah, Shila Amzah bakal sibuk dengan aktiviti seni yang telah diatur oleh syarikat pengurusannya yang terbaru, Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB) yang diterajui oleh bapanya sendiri, Amir Amzah Salleh atau ND Lala.

ND Lala, berkongsi perancangan SAEB untuk mengembangkan bakat anak gadisnya itu ke peringkat antarabangsa terutama di China dan Amerika Syarikat.

“Shila akan menetap di Shanghai untuk beberapa bulan bagi mempelajari bahasa Mandarin dan memantapkan vokalnya. Di China nanti, Shila akan diuruskan oleh Shanghai Media Group (SMG) dan dia bakal merakamkan album bahasa Inggeris dan Mandarin,” ujar ND Lala.

Sudah mempunyai kelab peminat sendiri di China yang diberi nama ‘Shila Bar’, gadis berusia 23 tahun itu juga bakal mengadakan konsert jelajah Amerika Syarikat bersama artis-artis di bawah naungan SMG.

Biarpun sibuk dengan aktiviti seni di peringkat antarabangsa, Shila tidak lupa untuk menghargai peminatnya di sini. Shila bakal tampil dengan album terbaru sekitar Mei nanti.

“Album Melayu saya sudah siap 50 peratus dan mungkin akan dipasarkan sekitar bulan Mei. Walaupun sibuk di Shanghai, sekiranya ada program di Malaysia, saya pasti akan pulang,” ujar Shila.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top