Sinopsis Teater Hantu Ketapang (Jangan Lalu Bawah Pokok) 


Teater Hantu Ketapang (Jangan Lalu Bawah Pokok) mengisahkan Ketapang (Fairuz Selamat), seekor hantu jantan yang hidup di sebatang pokok ketapang dalam sebuah kampung. Kebetulan kedudukan pokok itu terletak di tengah-tengah laluan orang kampung keluar masuk untuk ke bandar.

Kekecohan terjadi apabila Ketapang yang diberi tempoh 21 hari untuk mencari jodoh oleh ibu dan bapanya jatuh hati pula pada seorang gadis kampung iaitu Zulina (Nas Adila).

Zulina bekerja di sebuah kilang dan sering menggunakan laluan di bawah pokok ketapang itu untuk ke tempat kerjanya. Ketapang yang ditemani sahabat baiknya, Hantu Gigi (Hairie Mohamad) sentiasa menantikan kehadiran Zulina dan kadang-kadang cuba menegurnya namun dihalang Hantu Gigi kerana bimbang Zulina terkejut apabila melihat wajah sebenar Ketapang.

Dalam pada itu, Ketapang rimas dengan sikap sesetengah penduduk kampung yang masih melakukan kerja-kerja khurafat meminta nombor ekor di pokok itu dan dia bersama Hantu Gigi pernah beberapa kali memperdayakan mereka daripada melakukan kerja terkutuk itu.

Pas masuk untuk menonton teater ini berharga RM10 boleh diperoleh dengan menghubungi Atie (018-3201979) dan Fatin (016-3221867).

Teater Teater Hantu Ketapang (Jangan Lalu Bawah Pokok) merupakan pementasan sulung Persatuan Geliga Merah Opera (GMO).

Teater berkenaan dipentaskan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Auditorium MPAJ, Pandan Indah pada 12 hingga 14 April 2013 bermula jam 8.30 malam.

Teater Hantu Ketapang (Jangan Lalu Bawah Pokok)menampilkan barisan pelakon seperti Fairuz Selamat, Ezad Lazim, Nas Adilla, Aliff AF, Ani Maiyuni, Arin Raja Lawak, Abu Mamu dan Seri Nabilla.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top