Projek Ikal Mayang : 5 filem tak ditayang
5 daripada 15 karya pelakon dan pengarah popular terbabit dalam projek Ikal Mayang sempena Hari Wanita Sedunia berlangsung 8 Mac lalu tidak akan ditayangkan kepada umum. Keputusan itu diambil Penerbit Eksekutif projek terbabit, Low Ngai Yuen juga pengasas badan yang melaksanakan projek khas WOMEN: girls ini menjelaskan tindakan itu diambil dengan alasan bimbang ia bakal menyentuh sensitiviti masyarakat.
Filem pendek terbabit seperti Odah dihasilkan Junad Md. Nor, Berat Sebelah (Melissa Saila), Hawa (Sharifah Amani), All About Deflowering (Mislina Mustaffa) dan karya pengarah kreatif projek terbabit, Ida Nerina berjudul She.
Menjelaskan mengenai perkara ini, kata Yuen, pihaknya membuat penapisan sendiri membabitkan 15 filem dihasilkan. Sekiranya ia mahu ditayangkan kepada umum bimbang ia terpaksa dipotong dan ini akan menyebabkan jalan cerita yang cuba disampaikan lima pengarah terbabit rosak.
Sementara itu Sharifah Amani yang ditemui di majlis tayangan yang diadakan baru-baru ini menjelaskan dia rela filem itu tidak ditayangkan, berbanding menerima kecaman hanya kerana pihak tidak memahami apa yang mahu disampaikan.
Sharifah Amani atau Nani mengangkat tema persahabatan, bagaimana Hawa melawan perasaan melepaskan rakan baiknya yang mahu berkahwin dengan lelaki pilihan hati.
"Melihat lebih dalam akan karya ini sebenarnya mengisahkan nafsu dan iman. Dua perkara ini ada dalam jiwa setiap manusia," katanya.
Sementara itu, Melissa Saila yang menampilkan pelakon seberang Ria Irawan sebagai pelakon utama dalam karyanya mengisahkan bagaimana seorang wanita berasakan buah dadanya tidak sempurna dan cuba membuangnya.
"Saya cuba mengangkat kisah benar berlaku. Saya mengangkat isu ini selepas menonton dokumentari manusia yang tidak menyukai tubuhnya sendiri. Ia boleh menjadi kronik sehingga ada berazam mahu membuangnya," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan