Brad Pitt mampu menerima kenyataan bahawa dirinya kini sudah tua. Aktor yang sudah mencecah usia 48 tahun itu baru-baru ini mengalami kecederaan pada bahagian lututnya selepas terjatuh di sebuah bukit ketika mendukung anak perempuannya yang berusia tiga tahun, Vivienne.

Walaupun dia kini berjalan dengan menggunakan tongkat, namun kata Pitt insiden yang dialaminya itu bukan soal hidup atau mati, tetapi sebaliknya menandakan bahawa dirinya sudah tua.


Ujar Pitt kepada People.com: "Insiden saya terjatuh di sebuah bukit baru-baru ini bukan soal hidup atau mati. Ia lebih kepada tentang seorang lelaki tua yang tersadung lalu terjatuh. Ia tak teruk sangat."

Pitt yang juga membesarkan anak-anaknya, Maddox, 10, Pax, 8, Zahara, 6, Shiloh, 5 dan adik kembar Vivienne Knox, 3, bersama pasangannya, aktres Angelina Jolie itu mengakui dia terpaksa menggunakan badannya sendiri untuk melindungi Vivienne ketika mereka berdua jatuh bukit tempoh hari.

Tambahnya: "Saya sedang mendukung Vivienne sebelum kaki saya tersadung dan rebah. Ia sama ada saya atau Vivienne yang tercedera."

Dalam pada itu Jolie pula dalam ulasannya berkata: "Pasangan yang memiliki anak sememangnya punya risiko berdepan dengan kecederaan. Sebagai contohnya, ketika Maddox masih kecil, saya yang ketika itu mendukung dia kemudiannya terjatuh dan siku saya yang luka dalam usaha saya melindunginya daripada tercedera. Hal sebegitu adalah perkara biasa bagi ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak."

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top