Grafilm Sdn. Bhd. muncul dgn dokudrama kesihatan berjudul Dari Fail Doktor, yang kini sedang disiarkan di TV1 pada setiap Khamis, pukul 10.30 pagi menerusi segmen Seri.

Rancangan Dari Fail Doktor turut mendapat kerjasama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) ini turut mengupas dengan lebih mendalam setiap penyakit yang sering menyerang golongan wanita.

Kisah yang dipaparkan dalam Dari Fail Doktor nanti merupakan situasi yang sering melanda golongan wanita di negara ini.

"Kami cuba memberi pendedahan kepada para penonton mengenai pentingnya berjumpa doktor jika mereka menghadapi sebarang masalah kesihatan. Contohnya, mengenai masalah senggugut. Mungkin ada di antara golongan wanita yang menganggap kesakitan ketika datang haid itu adalah perkara biasa, namun jika tiada langkah susulan diambil, ia boleh menyebabkan wanita itu mandul.

"Begitu juga dengan penyakit kencing manis. Umumnya, pasti ramai yang tahu mengenai penyakit kencing manis boleh menyebabkan kaki terpaksa dipotong, tetapi kencing manis juga boleh menyebabkan penghidapnya buta," kata penerbitnya, Rahmah Saad

Rancangan ini disiarkan sebanyak 13 episodturut menggunakan pendekatan sketsa dalam setiap episodnya.

Pendekatan melalui paparan-paparan sketsa itu mampu menarik minat lebih ramai penonton kerana ia dekat dengan situasi sebenar yang dialami pesakit terbabit.

"Penterjemahan rancangan kesihatan ini ke dalam bentuk media elektronik sebenarnya bertujuan untuk mendidik masyarakat agar lebih peka tentang kesihatan mereka.

"Pendekatan melalui visual adalah lebih berkesan, malah penonton juga akan lebih cepat memahami sesuatu situasi itu berbanding melalui pembacaan.

"Sekurang-kurangnya, jika penonton merasakan mereka berada dalam situasi yang sama dengan sketsa berkenaan, mereka akan cepat-cepat berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian tentang sesuatu penyakit yang mereka hidapi,"

Dari Fail Doktor

Malah, lebih menarik lagi, rancangan kesihatan ini bakal menggunakan khidmat doktor-doktor pakar sebenar dalam setiap episodnya.

Melalui cara sedemikian katanya, kupasan sesuatu penyakit itu dapat diterangkan dengan lebih baik sekali gus memberi pemahaman kepada penonton dengan lebih jelas.

Apa yang lebih lebih penting, ia dapat menggalakkan masyarakat mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan lagi kualiti hidup mereka.

Jangan lupa saksikan Dari Fail Doktor di TV1!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top