Perkahwinan Demi Moore musnah selepas dakwaan timbul mengatakan Ashton Kutcher berlaku curang dan menipunya.

Ketika bintang Two and A Half Men itu meneruskan kehidupannya dan dilihat bersama Lorene Scarafia, baru-baru ini, Demi Moore pula membuat satu pengakuan jujur bahawa dia bimbang dirinya tidak layak untuk dicintai.

"Apa yang menakutkan saya ialah pada akhir kehidupan kelak, saya dapati saya tidak dicintai atau saya tidak layak dicintai. Terdapat sesuatu yang tidak betul dalam diri ini."

Demi Moore turut bercakap mengenai keadaan tubuhnya yang menjadi isu kepada spekulasi ekoran perpisahannya dengan Kutcher.


Ibu tiga anak itu mengakui mempunyai perasaan suka dan benci terhadap tubuhnya, tetapi kini dia semakin berfikiran positif berbanding dengan perasaannya sebelum ini.

Demi berkata: "Saya boleh menerima keadaan tubuh saya sekarang dan itu bukan saja membabitkan berat badan kerana tubuh akan berubah seiring dengan peningkatan usia dan saya sekarang memang kurus.

"Kurus dalam erti kata, saya tidak pernah menyangka orang lain akan berkata kepada saya, "Demi, kamu terlalu kurus dan kelihatan tidak cantik."

Aktres itu mempamerkan tubuh kurus yang mengejutkan ramai beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi dia nampak bahagia dan sihat ketika menjalani sesi fotografi dengan pakaian terdedah oleh Balmain dan baju renang rekaan Gucci.

Wawancara itu berlangsung untuk projek terbaru Demi dan Amanda, rancangan televisyen yang bertajuk The Conversation yang akan disiarkan televisyen Lifetime pada musim bunga depan.

Bintang senarai A termasuk Gwyneth Paltrow, Lady Gaga dan Jane Fonda antara wanita yang akan bercakap mengenai cabaran yang dihadapi mereka dalam kehidupan seharian dengan Demi dan Amanda bertugas sebagai penerbit eksekutif.

Jurugambar dan bekas aktres dari Britain itu menjelaskan: Idea itu timbul ketika saya bertanya diri sendiri mengenai pelbagai perkara tetapi tidak mendapat jawapannya.

Ekoran perpisahannya dengan Kutcher, Demi dilihat menyibukkan diri dengan pekerjaan dan dilaporkan akan muncul dalam filem terbaru Lovelace.

Menurut Hollywood Reporter, Demi dikatakan melakonkan watak aktivis wanita, Gloria Steinem.

Demi memfailkan perceraian daripada Kutcher yang menjadi suaminya selama enam tahun November lalu ekoran dakwaan dia meniduri Sara Leal pada hujung minggu hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Kutcher kini dikaitkan dengan penulis skrip Lorene Scafaria dan pasangan itu, baru-baru ini meraikan Krismas bersama-sama di Itali.

Mereka bertemu ketika Kutcher berlakon dalam filem tulisan Lorene dan satu sumber memberitahu Us Weekly: "Kutcher mula berpacaran dengan Lorene ketika masing-masing masih mempunyai hubungan dengan orang lain.

Sebelum berkahwin dengan Kutcher, Demi pernah berkahwin dengan aktor Bruce Willis selama 13 tahun.

Ketika berusia 18 tahun, Demi berkahwin dengan penyanyi Freddy Moore tetapi perkahwinan itu berakhir pada 1984, tiga tahun sebelum dia bertemu Willis.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top