Jay Chou, artis Taiwan popular dan pengarah Dante Lam akan membuat penampilan khas di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur pada 15 Januari akan datang untuk mempromosi filem terbaru mereka berjudul "The Viral Factor".

Penggambaran filem aksi yang menggandingkan Chou dan Nicholas Tse ini telah dilakukan di pelbagai lokasi di Malaysia antaranya ialah Stesen Keretapi KTMB Kuala Lumpur dan KL Sentral dengan perbelanjaan kos produksi sebanyak AS$17 juta (RM53.4 juta).

"The Viral Factor" mengisahkan dua adik-beradik yang tidak rapat, Jon (Chou) dan penjenayah, Yang (Tse) mengetepikan perbezaan peribadi bagi menyelamatkan anak perempuan Yang dan seorang pakar perubatan (lakonan Lin Peng).

"The Viral Factor" akan berada di pawagam di Malaysia dan Singapura pada 19 Januari 2012.

Peminat yang mahu bertemu Jay Chou dan Lam bolehlah ke Centre Court, Tingkat 2, Pavilion Kuala Lumpur pada 15 Januari, jam 7.30 malam untuk sesi bertemu peminat sebelum tayangan perdana filem.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top