Ikan Bakar mengisahkan perasaan amarah Bakar tidak dapat dibendung lagi. Sindiran kawan-kawan terhadap ayahnya, Baharom, membuatkan dia rimas. Ketika melangkah ke dalam surau, Bakar bertembung dan terlanggar ayahnya, membuatkan rakan-rakan lain ketawa besar.
Tanpa disedari ayahnya, Bakar nekad menumbuk seorang rakannya yang menyindir itu. Aksi Bakar dengan rakannya menjadi babak menarik yang ingin disampaikan menerusi telefilem Ikan Bakar .
Selain itu Ikan Bakar memapar pengorbanan isteri taat pada suami walaupun menempuh pelbagai dugaan. Ikan Bakar mengisahkan watak utama Shakinah menggalas tugas isteri, ibu dan ketua keluarga selepas suaminya mengalami masalah terencat akal. Suaminya berperwatakan seperti keanak-anakan selepas dia dikatakan mengalami demam panas. Sebenarnya suami itu iaitu Baharom 'dibomohkan' ibu mentuanya sendiri.
Ada pelbagai adegan menunjukkan perbuatan jahat itu berlaku seperti bomoh menurun dan ibu melakukan solat taubat meminta ampun atas dosa yang dilakukan.
Judul Ikan Bakar merujuk kepada keluarga Shakinah yang suka makan ikan bakar. Begitu juga, Rozali menghadiahkan ikan emas kepada Bakar, tetapi apabila ayahnya tidak sengaja membuang ikan itu, Bakar menjadi marah.
Jangan lupa saksikan Ikan Bakar menerusi slot Cerekarama di TV3, Sabtu ini, mulai jam 10 malam.
JUDUL: Ikan Bakar
PRODUKSI: One Asia Creative & Trading Sdn Bhd
PELAKON IKAN BAKAR
1. Rusdi Ramli (Baharom)
2. Lisdawati (Shakinah)
3. Danial (Bakar)
4. Zed Zaidi (Rozali)
5. Kismah Johar (Mak Shakinah)
6. Syed Ali (Mamat)
7. Aisyah Abdullah (Mak Rozali)
8. Ahmad Phazillah (Pak Abu)
PENAMPILAN KHAS:
1. Azman Nor Shamsuddin
2. Kay Haslinda Ramley
3. Yeop Hitler
0 ulasan:
Catat Ulasan