Sinopsis Misteri Dendam Balan Balan The Movie

Misteri Dendam Balan Balan mengisahkan seorang penulis cerita mistik (Jalal Maran) dan sekumpulan pelajar (Diana, Danial, Ramona) telah datang ke Sabah untuk mengkaji mengenai cerita Misteri Balan-balan.

Mereka bergabung menjadi sekumpulan untuk merungkai persoalan-persoalan mengenai Makhluk misteri tanpa kepala itu. Mereka telah sampai ke sebuah kampung yang mengalami satu demi satu kematian yang cukup misteri dan menjadi tanda tanya.

Datu Jarlis dan Ustaz Fuad cuba mengejar makhluk balan-balan dan mengambil jasadnya namun semuanya sia-sia. Lebih dasyat lagi apabila makhluk tersebut membalas dendam dan Diana menjadi mangsa. Datu Jarlis dan Ustaz Fuad cuba berusaha mencari dan memulihkan jasad tubuh yang sudah ditinggalkan oleh kepala Diana dengan bantuan tok gurunya dalam masa yang paling pantas iaitu tiga hari tiga malam.

Misteri Dendam Balan Balan

Terlalu banyak isu yang timbul sehingga keadaan menjadi lebih tegang. Mungkinkah mereka berjaya memulihkan dan merungkai cerita Misteri Dendam Balan-Balan tersebut?

Misteri Balan Balan The Movie diarahkan oleh Amith Abidin. Pelakon Misteri Dendam Balan Balan The Movie ialah Rozita Che Wan, Nasir Bilal Khan, Datu Dawa, Julia Hana, Cico Harahap.

The Making Of Misteri Dendam Balan Balan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top