Aizat rakam album ke-3

Penyanyi berbakat Aizat kini sedang dalam proses merakamkan album ketiganya dan dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.

Untuk album itu nanti, ia akan memuatkan 12 buah lagi dan enam daripadanya adalah lagu berbahasa Inggeris.


"Kelainan album baru itu nanti ia akan memuatkan enam buah lagu berbahasa Inggeris dan idea itu telah lama saya fikirkan dan mahu berkongsi dengan semua peminat.

"Proses album ini juga saya lakukan sendiri daripada proses penulisan, penciptaan lagu dan rakaman dengan bantuan pasukan penerbit. Saya teruja dengan pembikinan album ini," jelasnya.

Kesibukan Aizat tidak terhenti disitu apabila dia juga sedang dalam proses menyiapkan album artis Amir Jahari dan kumpulan Gorilla yang bernaung di bawah syarikat rakamannya iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE).

Dalam perkembangan sama, Aizat berkata, pembikinan album terbaharunya itu diilhamkan daripada kursus jangka pendek yang disertainya di Garnish School of Music, London, empat bulan lalu.

"Sepanjang tiga bulan kursus berkenaan banyak perkara yang saya pelajari dan semasa di London juga saya mendapat pelbagai ilham yang kini saya curahkan untuk album terbaharu itu," katanya.

Petikan: Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top