Anne Ngasri Dapat Petanda Hamil

Anne Ngasri mengakui dia mungkin telah berbadan dua berdasarkan beberapa petanda seperti mula mual dan loya yang dialaminya sejak kebelakangan ini.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, dia berharap simptom-simptom memberi mesej baik iaitu sedang hamil selepas mendirikan rumah tangga dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO Mohd Sumali Reduan, 41, pada 22 Disember lalu.


“Rasa mual itu kerap juga berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya pun tidak pasti sama ada mengandung ataupun tidak kerana saya belum membuat pemeriksaan kesihatan lagi.

"Tapi harapan saya mudah-mudahan ada rezeki (hamil) itu,” katanya.

Anne berkata, suaminya seorang yang ringkas dan berfikiran terbuka kerana tidak meletakkan sebarang sekatan untuk dia terus bergiat dalam bidang seni.

“Alhamdulillah, kami bahagia dengan pengalaman baharu ini. Dia sangat memahami kerjaya saya.

“Kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Kami saling menyokong dan membantu antara satu sama lain,” katanya yang memiliki tiga anak Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, daripada perkahwinan terdahulu.

Mengenai tanggungjawab sebagai pengacara SIS, Anne berkata, ia adalah kerjasama pertama dengan TV9 walaupun dia pernah mengacarakan pelbagai program televisyen lain sebelum ini.

“Pengalaman mengacara memang ada tetapi bersama TV9, ini adalah kerjasama yang pertama kali.

“Saya teruja untuk mengendalikan program ini kerana ia mengupas isu-isu yang dialami wanita dalam kehidupan semasa,” katanya.

Program itu bakal disiarkan selama setengah jam bermula 26 Januari ini pada setiap Sabtu pukul 11 pagi.

Sumber: Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top