Zack ‘New Boyz’ bebas tuduhan edar dadah
Pemain bass kumpulan New Boyz, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack New Boyz dilepas dan dibebaskannya oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.
Akhtar dalam penghakiman mempersoal kredibiliti saksi pendakwaan iaitu pegawai serbuan mendakwa membuat penandaan pada lima barang kes yang ditemui di tempat kejadian.
"Saya beranggapan ada pegawai polis yang boleh dipercayai keterangan tetapi ada juga sebaliknya.
"Tetapi dalam kes ini, saya melihat keterangan saksi tersebut jelas berbohong," katanya.
Beliau turut menyifatkan keterangan pegawai serbuan sedemikian apabila mendapati tiga beg plastik tidak dibuat penandaan.
"Bagaimana tiga beg plastik tidak ada penandaan dan tidak mungkin dakwat pen yang digunakan untuk membuat tandaan pada barang kes boleh hilang.
"Ini menimbulkan keraguan dalam fikiran saya dan disebabkan isu ini menyebabkan kredibiliti saksi itu tercemar," katanya.
Menurutnya, keterangan lisan dan bertulis yang diberikan oleh saksi tersebut juga amat berbeza.
"Keadaan ini menimbulkan lebih banyak persoalan dan membuatkan saya lebih berhati-hati dalam meneliti keterangan," katanya.
Akhtar turut mempersoal tindakan saksi itu yang tidak menyenaraikan barang yang dirampas semasa melakukan serbuan di tempat kejadian.
"Kalau dilihat kualiti siasatan dan saksi itu adalah seorang berpengalaman, seharusnya membuat siasatan lengkap, tetapi tiada langsung siasatan dibuat di tempat kejadian.
"Bukan selepas tangkap terus dibawa balik ke balai polis dan tinggalkan tertuduh kepada pegawai penyiasat," katanya.
Akhtar berkata, sikap pegawai polis yang tidak mengambil kotak yang dibuang tertuduh dari tingkat sebelas turut dipertikaikan oleh mahkamah.
"Saya tidak faham kelakuan ini yang mana barang kes jatuh, dia tidak melihat dan siasat tetapi meminta orang lain mengambilnya untuk dibawa ke tempat kejadian.
"Saya lihat anggota polis bekerja sambil lewa kerana tidak menjalankan siasatan dengan sepenuhnya," katanya.
Dalam prosiding itu, Akhtar berkata, tidak perlu membawa seramai 20 anggota polis ke kawasan kejadian tetapi tidak membuat siasatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohamad Adzhar manakala peguam Puan Seri N Saraswaty mewakili Zack.
Zack ketika ditemui di luar mahkamah menyuarakan rasa bersyukur dengan pembebasan ini dan kebenaran dan keadilan menyebelahinya.
"Sepanjang tiga tahun saya di Penjara Sungai Buloh cukup menginsafkan saya dan sukar untuk saya gambaran perasaan pada hari ini," katanya.
Menurutnya, dia akan terus berada dalam industri hiburan.
"Semasa di dalam penjara kawan-kawan ada melawat dan mereka masih menerima saya," katanya.
Zack berkata, dia ada menghasilkan 12 lagu sepanjang berada di penjara berkenaan.
Zack, 33, didakwa mengedar 1.321kg ganja, di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Zack bersama isteri dan anak - via google |

0 ulasan:
Catat Ulasan