“Alhamdulillah, hubungan kami macam biasa dan semakin bahagia. Saya selesa dengan keadaan saya sekarang,” ujar Anzalna Nasir saat ditanya tentang hubungannya dengan teman lelaki, Hanif .

Di kesempatan itu juga GUA turut bertanyakan Anzalna yang kelihatan terlalu mendedahkan teman lelakinya.

“Macam inilah, dia orang semua yang nak ‘expose’-kan teman lelaki saya. Dia tidak tahu apa-apa pun. Yang dia tahu hantar dan ambil saya balik dari mana-mana majlis atau ‘shooting’ kerana saya belum mendapat lesen memandu.


“InsyaAllah, dalam masa yang terdekat ini saya akan mendapatkan lesen memandu kereta. Saya kalau boleh lagi suka berdikari kerana apa-apa pekerjaan yang saya buat, saya lebih suka buat sendiri dan tidak perlulah meminta pertolongan orang lain. Melainkan benda yang saya buat itu tidak boleh saya lakukan lagi, barulah saya minta tolong seperti memandu kereta,” jelasnya panjang lebar.

Ditanya juga jika teman lelakinya cemburu bila Anzalna berlakon di samping pelakon-pelakon lelaki.

“Sudah tentu dia cemburu tetapi dia memahami kerjaya saya sebagai artis. Bila difikirkan balik saya pula yang cemburu dengan dia apabila dia bercakap dengan perempuan-perempuan lain dan saya akui saya sangat cemburu,” ujarnya sambil ketawa.

“Saya tiada target untuk melangsungkan perkahwinan saya tetapi saya berserah kepada ketentuan Allah. Sekiranya jodoh saya sampai dalam jangka masa yang terdekat ini saya terima dengan seadanya,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Anzalna akan menjalani penggambaran drama 13-episod berjudul ‘Maskara’ yang akan disiarkan di RTM bersama dengan Lisa Surihani.

Sumber: Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top