Slot Samarinda bersiaran sejam setiap episod
Mulai bulan Januari 2013 slot Samarinda TV3 akan mula bersiaran selama sejam dan bukan lagi hanya 30 minit setiap episod. Samarinda yang mula diperkenalkan kepada penonton setia TV3 pada 2004 menerusi drama Badai Metropolis ternyata berjaya menghimpunkan pelbagai drama bersiri yang mantap dan bermutu, sekali gus mampu memberi impak positif kepada penontonnya.
Antara drama hit yang pernah tampil di slot Samarinda sebelum ini ialah Rindu Semakin Jauh (2004), Biarku Sentuh Cintamu (2005), Seputeh Qaseh Ramadan (2006), Iris (2007), Asmaradana (2008), Annisa (2011), Mahabbah (2012) dan Ameera (2012). Antara bintang yang memeriahkan drama yang pernah menghiasi slot Samarinda seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Eja, Shaheizy Sam, Tiz Zaqyah, Syamsul Yusof, Rozita Che Wan dan ramai lagi
Tirai slot Samarinda sejam ini bakal dibuka dengan drama hebat berjudul Ruby yang sarat emosi, konflik keluarga dan dilema cinta. Drama 15 episod ini mengisahkan percintaan Syuhara dan Benjamin yang pada mulanya benci tetapi bertukar menjadi sayang. Walaupun Syuhara dan Benjamin berbeza kedudukan pangkat dan kekayaan, namun demi cinta sejati mereka menempuhi pelbagai dugaan bersama. Apakah dugaan yang menimpa mereka berdua?
Jangan lupa untuk menyaksikan lakonan mantap Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha, Shukri Yahya, Hanez Suraya, Maria Farida, Esma Daniel, Kartina Aziz, Shima Anuar, Atikah Suhaimi dan Adey Syafrien menerusi Ruby mulai 2 Januari 2013, setiap Selasa hingga Khamis, dari jam 10 malam hingga 11 malam. Penonton yang terlepas menyaksikan Ruby boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook dan Twitter untuk mendapatkan berita terkini.
0 ulasan:
Catat Ulasan