Kumpulan The Junas Monkey

Sekarang makin banyak band dari Indonesia mencuba nasib di Malaysia. Terbaru kumpulan anak muda kacak yang menggelar diri mereka sebagai The Junas Monkey.


The Junas Monkey, sebuah kumpulan di anggotai tiga anak muda kacak dari Indonesia Ajun Perwira (pemain gitar), Aditya Saputro (pemain drum) dan Stefan William (vokalis)

The Junas Monkey merupakan antara band yang semakin mendapat tempat di hati peminat negara ini. Mereka yang popular dengan lagu Jadian dan Ikut Aku sebenarnya merupakan barisan pelakon muda di seberang, bagaimanapun bakat yang dimiliki mereka membenarkan The Junas Monkey ditubuhkan.

"Kami mengenali melalui pengurus kami, ini kerana kami berkongsi pengurus.



"Melihat masing-masing mempunyai keupayaan sendiri, pengurus kami langsung mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah band," katanya.

Ditanya bagaimana perasaan mereka bila dikatakan hanya menjual wajah sebagai asas untuk mendapatkan kepercayaan peminat, Ajun menjelaskan mereka sebenarnya menjadikan tuduhan itu sebagai pembakar semangat mereka.

"Iya kami sudah biasa.

"Kami menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk membuktikan ia ia tidak benar, dan kami semua memang mempunyai bakat," katanya.

Melihat kepada nama band mereka yang sedikit unik, menurut Stefan nama itu diambil sempena gabungan nama mereka, manakala Monkey yang juga bermaksud monyet memberi gambaran perangai mereka yang tidak boleh duduk diam.

"Junas merupakan gabungan nama kami bersama dan Monkey pula bermakna perangai kami yang suka bergurau.

"Walaupun ada yang mengatakan kami meniru kumpulan muzik terkenal dunia The Jonas Brothers sebenarnya itu tidak benar kerana semestinya kumpulan tersebut jauh berbeza dengan kami," katanya.

Walaupun berlakon masih lagi menjadi bidang pertama mereka, The Junas Monkey mahu bidang nyanyian ini tetap bergerak selari dengan peluang lakonan. Menurut Aditya berada di bawah satu pihak pengurusan yang sama memudahkan jadual mereka disusun agar waktu untuk bermasa itu lebih mudah.

"Kami kini berlakon di dalam sinetron yang berbeza, kalau diikutkan ia agak sukar untuk kami bersama. Namun selalunya hal itu akan di selesaikan pihak pengurus kami.

"Kami akan berusaha untuk mengeluarkan album pertama kami secepat mungkin, dan dengan sambutan peminat di negara ini kami harap agar karier kami di sini akan terus mekar," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top