Bekas kekasih Qi Razali, Julie Woon, 28, hari ini mengumumkan bahawa dia kini adalah tunangan orang. Menurut pelakon dan pengacara ini, dia mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan pada sambutan Krismas yang lalu iaitu pada 25 Disember.

"Kami sudah berkenalan kira-kira setahun setengah yang lalu dan pada Krismas tempoh hari,dia telah melamar saya. Ketika itu kami berada di Kota London untuk bercuti selain menziarahi abang saya. Dia telah membawa saya ke 'Parliament Hill' untuk menyuarakan hasratnya itu dan tanpa banyak bicara, saya telah menerima lamarannya itu. Tanpa banyak berfikir atau berbicara, saya terus bersetuju kerana saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya yang terbaik," ujar Julie.

Tambah Julie lagi, dia terpikat dengan jejaka pilihannya itu kerana dia seorang yang cukup memahami serta bijak mengambil hatinya.

"Jejaka pilihan saya ini bukan daripada golongan selebriti. Sebaliknya dia hanya individu biasa yang terlibat dalam bidang pengiklanan. Saya selesa dan gembira ketika bersama dia. Dia seorang lelaki yang cukup memahami serta bijak mengambil hati. Dia sering buat kejutan untuk menggembirakan saya. Malah, dia juga seorang yang pandai memasak. Paling penting saya merasakan hubungan kami sangat seimbang. Baik saya mahupun dia, kami tidak cuba mendominasi perhubungan kami. Sebab itu, saya yakin kami boleh hidup bersama," ujar Julie bercerita tentang jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu.

Bercerita tentang perancangan perkahwinan, Julie memberitahu jika tidak ada sebarang halangan dia dan tunangnya mahu melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Bagaimanapun, masih belum mempunyai tarikh spesifik.
Julie Woon

"Kalau boleh kami mahu berkahwin pada hujung tahun ini. Besar kemungkinan pada Disember. Tetapi kami belum pilih tarikhnya lagi. Tengoklah macamana nanti. Mungkin juga selepas Krismas," ujar Julie mengakui sudah bersedia bergelar isteri namun memerlukan masa dua hingga tiga tahun untuk menjadi ibu.

Julie mengatakan udah hampir dua tahun dia dan Qi tidak berhubung kerana masing-masing sibuk dengan jadual kerja yang padat.

"Sudah dua tahun saya tidak menghubungi Qi melalui telefon. Sesekali adalah kami bertegur di laman Twitter. Saya pun tidak tahu tentang perkembangan terkini Qi sekarang ini. Dengar kata dia sudah putus dengan Yuna. Betul ke?" - itu reaksi Julie.

Jelas Julie lagi, selepas berpisah dengan Qi, dia membawa haluan sendiri kerana mahu memberi ruang kepada diri sendiri. Biarpun masih berkawan, tetapi hubungan mereka semakin rengang apabila masing-masing sudah berpacaran dengan teman baru.

"Kami menjadi renggang kerana masing-masing sudah mempunyai teman baru. Saya tidak mahu sering menghubungi Qi kerana saya tahu dia bersama Yuna dan saya menghormati situasinya ketika itu. Saya juga percaya Qi juga mengambil pendekatan yang sama," ujar Julie mengakhiri perbualan.

~ GUA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top