Mamat (Sepah) suntik wajah untuk kecantikan

Walaupun dia seorang lelaki, pelakon dan pelawak, Mamat (Sepah) mengaku bahawa dia telah mengambil suntikan kolagen dan vitamin C untuk kecantikan wajah.


Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, dia terpaksa memilih jalan itu demi kesinambungan karier seninya.

Bagaimanapun Mamat enggan menjelaskan jumlah wang yang terpaksa dilaburkan untuk menjalani rawatan kecantikan tersebut.

 ----------------------
Mamat Sepah

Dalam hidup ini, semua orang mementingkan soal penampilan. Semua orang hendak dilihat cantik, menarik dan membuatkan hati tertawan.

Hanya kerana mahu dilihat selesa di mata orang, Mamat (Sepah) baru-baru ini mengakui dia telah melakukan rawatan kecantikan demi kelangsungan kariernya.

Ternyata pelawak dan pelakon ini cukup terbuka untuk berkongsi cerita di sebalik kecerahan kulit wajah yang dimilikinya kini. Kepada wartawan Aida Rizmariza Kamaruddin, Mamat menjelaskan kenapa dan mengapa dia mengambil tindakan itu.

Lama tak jumpa, makin berseri dan putih kulit wajah Mamat, apa rahsianya?

Iye ke? (Ketawa). Sebenarnya saya ada mengambil suntikan kolegen dan Vitamin C untuk kulit.

Laaaa... Lelaki pun perlu benda-benda macam tu ke? Teruk sangat ke kulit wajah sebelum ini?

Terus terang saya katakan, saya kena buat sebab karier. Sebagai artis, kita kena jaga penampilan diri. Sebelum ini memang saya tidak ambil kisah dengan keadaan diri sendiri, namun setelah beberapa tahun menjadi artis, semestinya saya juga mahukan perubahan. Ini penting sebab kita jadi 'produk'.

Sejak bila Mamat memulakan rawatan ini?Berapa sudah dilaburkan?

Saya sudah memulakannya sejak tahun lepas. Jumlah? Itu tidak perlulah saya kongsi dengan semua. Tetapi yang pasti ia bukan sesuatu yang pelik kerana perkara ini biasa dilakukan oleh banyak orang untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik.

Sudah semakin segak sekarang, mungkin sudah banyak peminat. Ada yang sudah terpaut ke?

Memang saya sedang mengenali seseorang, bagi saya dia seorang yang penyabar dan yakin dengan diri saya. Sebab itu saya sangat tertarik dengan dirinya.

Siapa si bertuah itu?

Hmmm, siapa dia biarlah saya rahsiakan dahulu. Sampai masanya saya akan perkenalkan dirinya kepada umum.

Jadi, bila nak tamat zaman bujang ni?

Saya pernah melalui kisah cinta yang perit sebelum ini, bagi saya masa untuk menyesuaikan diri dengan hubungan ini dahulu. Saya mengenali dia sejak tahun lepas, dan umur gadis itu adalah 22 tahun.

Melalui fasa kontroversi yang sangat hebat pada tahun lalu, pernahkah terdetik untuk tinggalkan dunia artis?

Saya akui itu bukan waktu mudah, sepanjang waktu itu kakak saya pernah menasihati saya untuk melupakan sahaja niat meneruskan karier sebagai artis. Namun saya pasti ini merupakan ujian dan dengan itu saya sahut cabaran ini demi masa depan saya di dalam bidang ini.

Dengan Shuib dan Jep (Sepahtu) macam mana sekarang? Sudah berbaik?

Saya masih lagi bekerjasama dengan mereka. Bagi saya bila ia berkenaan kerjaya kita profesional. Kami akan terus bekerja bersama dalam keadaan yang baik.

Dengan bekas kekasih, Fida?

Saya dengan dia sudah habis, tiada apa yang perlu diceritakan lagi. Tiada sebab untuk saya terus menyalahkan dia ke atas kontroversi yang berlaku.

Mungkin setelah melalui episod "kejatuhan" itu Mamat ada belajar sesuatu darinya, dan boleh kongsi dengan Hits?

Memang kontroversi yang berlaku sedikit mematangkan saya di dalam industri. Seboleh-bolehnya selepas ini saya tidak mahu lagi dihampiri sebarang kontroversi. Selain itu juga saya tidak mungkin lagi mempercayai orang dengan mudah. Kerana selepas kontroversi itu saya mula berhati-hati.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top