Leonardo DiCaprio berusaha menghentikan tabiat buruk merokok apabila dia dilihat menghisap rokok elektronik di set penggambaran filem terbaru lakonannya.

Aktor terbabit yang menjalani penggambaran filem The Wolf of Wall Street dilihat memegang alat itu ketika duduk dalam sebuah restoran di Harlem Timur, New York.


DiCaprio kelihatan bersemangat dalam babak penggambaran di Restoran Rao, tersenyum sambil menyedut rokok elektronik itu berbanding rokok biasa.

Bintang berusia 38 tahun itu dengan gembira menghembuskan beberapa hembusan asap antara babak penggambaran pada hari terakhir di set itu, tampil dengan sut dan kemeja biru serta tali leher merah.

Dia masih memegang rokok elektronik ketika dilihat menyeberang jalan mengenakan jeans biru longgar dan baju merah manggis selepas selesai penggambaran.

DiCaprio turut dilihat merokok alatan sama pada Mei tahun lalu dalam set penggambaran filem DJango Unchained.

Bagaimanapun malang baginya kerana dia melakonkan watak penjahat rangkaian rokok, Calvin Candie dalam filem arahan Quentin Tarantino itu, jadi ia pasti sukar dengan pengalaman menghisap rokok sebenar.

DiCaprio membawakan watak pemilik ladang yang tidak siuman dalam filem itu.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top