Siti Nurhaliza berehat hingga Mac 2013
Datuk Siti Nurhaliza sanggup berkorban demi suami tercinta.
Itulah pengorbanan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang sanggup mengetepikan aktiviti seninya untuk menjaga Datuk K yang kini terlantar sakit.
Khabarnya, Siti akan berehat sehingga Mac ini bagi memastikan suaminya mendapat perhatian darinya.
Setakat ini, sudah banyak perkembangan positif ditunjukkan Datuk K.
Siti juga berharap agar peminat mendoakan agar suaminya cepat pulih.
0 ulasan:
Catat Ulasan