Sinopsis teater Selamat Hari Natal Natalie

Selamat Hari Natal Natalie mengisahkan perisik kerajaan bernama Natalie (Natalie Heng), yang mempunyai misi tersendiri untuk menyiasat sebuah gerakan revolusi bawah tanah pada tahun 70-an.

Dalam misinya, dia berkenalan dengan Man (Wanji Aswandi) dan Zack (Khir Rahman), orang penting gerakan itu di malam perayaan Hari Natal.


Dia mula rapat dengan mereka berdua dan selepas didedahkan dengan lebih mendalam mengenai perjuangan tersebut, Natalie bergelut konflik dalaman antara tugas, persahabatan dan cinta. Dapatkah Natalie melaksanakan misinya atau sebaliknya me nyertai gerakan itu?

Selamat Hari Natal Natalie adalah pembuka tirai dari tiga naskhah dan arahan Haririy yang akan dipentaskan di bawah program The Actors Studio Seni Teater Rakyat sehingga Julai 2013.

Menerusi projek ini, dia sekali lagi akan mementaskan kembali teater Kassim Selamat Tidak Buta, Sabariah Benar-Benar Mati pada April dan Mei dan seterusnya Megabang Telipot Aku Datang! pada Julai dan Ogos 2013. Kedua-duanya bakal di pentaskan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pelakon: Khir Rahman | Wanji Aswandi | Natalie Heng

Penerbit Eksekutif : Dato' Faridah Merican
Pengarah Artistik : Joe Hasham OAM
Tulisan & Sutradara : Hariry Bin Jalil

14 Februari 2013 - 16 Februari 2013
8.30 pm

16 Februari 2013 - 17 Februari 2013
3.00 pm

Pentas 2 klpac


RM 33 Dewasa

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top