'Hot Burger': Usaha Fizo bantu belia
Pelakon popular, Fizo Omar, kini giat mengembangkan perniagaannya dengan menjual produk yang berlainan.
Sejak beberapa bulan lalu, Fizo, 27, tampil memperkenalkan perniagaan penjualan burger menerusi, Hot Burger.
Bukan sekadar 'melampiaskan' minat berniaga semata-mata, anak kelahiran Che Siti Wan Kembang ini mempunyai misi tersendiri dalam perniagaan. Ingin membantu golongan belia untuk turut serta dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan, Fizo membuka peluang kepada mereka yang berminat.
"Perniagaan ini bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi dalam usaha membantu golongan muda. Saya memilih penjualan burger kerana ia mudah dan tidak memerlukan modal besar, namun pulangan untung berganda.
"Menerusi Hot Burger, saya menyediakan platform ini kepada mereka yang berminat tanpa mengeluarkan sebarang modal. Keuntungan kami bergantung kepada bekalan bahan kepada gerai mereka.
"Sesiapa yang berminat akan dibekalkan gerai serta kelengkapan untuk menyediakan burger. Sebelum itu, kami akan memberi latihan pengendalian perniagaan serta uniform," katanya yang memiliki lebih 30 gerai di sekitar Lembah Klang.
Menurut Fizo, perniagaan ini turut melibatkan dua rakan kongsinya, Rizal Musa dan Asri Hamid.
Harga Kaki Lima, Rasa Bintang Lima!
Menyasarkan 100 gerai dalam masa terdekat ini, Fizo mengakui ada peniaga yang berjaya memperoleh pendapatan bersih lebih daripada RM2,000 sebulan.
"Alhamdulillah, ia menunjukkan perkembangan positif dan ada di kalangan mereka mampu menjana pendapatan hampir RM10,000 sebulan.
"Kami tidak akan mengambil sebarang keuntungan daripada mereka kerana niat kami untuk membantu.
"Saya berharap agar Hot Burger menjadi satu jenama yang boleh dikembangkan ke seluruh negara. Saya ingin membuktikan bahawa belia mampu bersaing secara sihat dalam bidang perniagaan," katanya yang menggunakan tagline, Harga Kaki Lima, Rasa Bintang Lima.
Menurut Fizo, jenis burger yang dijual termasuk burger daging, ayam, ikan, arnab, unta, rusa dan daging unta.

0 ulasan:
Catat Ulasan