Penyanyi dan pengacara, Seohyun yang merupakan ahli kumpulan Girls' Generation baru-baru ini terkejut apabila menyedari jurang usia antara dirinya dan artis baharu cukup besar. Kata Seohyun yang berusia 22 tahun:

"Saya sedar cukup lama masa berlalu sejak kemunculan pertama saya sebagai artis. Ketika sibuk dengan kerja sebagai pengacara program muzik, saya akan berjumpa ramai artis baharu setiap minggu. "Saya merupakan ahli termuda dalam kumpulan Girls' Generation tetapi apabila saya melihat artis muda yang lahir pada tahun 1996 saya berasa diri saya sangat tua kerana mereka begitu muda.
Seohyun Girls' Generation
"Sekarang baru saya faham perasaan artis yang lebih senior apabila mereka bertanya tentang usia saya. Dahulu jika senior bertanya berapa usia diri ini, saya akan jawab, 'saya lahir pada tahun 1991'."

 Tambahnya, jumlah artis baharu yang semakin bertambah setiap hari membuatkan dia tidak kenal dan ingat nama kesemua artis baharu dalam program muzik kendaliannya.

 "Ketika Girls' Generation mula-mula muncul saya tidak faham kenapa orang ramai sukar membezakan kami sedangkan kami mempunyai wajah dan personaliti yang jauh berbeza. "Sekarang, saya faham situasi itu kerana sekarang pun saya susah untuk mengingati nama kumpulan baharu apatah lagi nama setiap ahli kumpulan tersebut," jelasnya.

 Apabila disoal adakah mereka bukan lagi sebuah kumpulan gadis remaja kerana kesemua mereka kini berusia sekitar 20-an, balas Seohyun mereka masih lagi sama seperti dahulu. "Belum ada ahli kumpulan yang berkahwin atau melahirkan anak, jadi kami masih lagi kumpulan gadis remaja," katanya.

 Perkembangan terbaharu, Girls' Generation kini sedang mendaki carta lagu popular Korea dengan single terbaharu mereka berjudul I Got A Boy.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top