Pelakon yang sudah berumur 50 tahun, Jodie Foster mengaku secara terbuka bahawa dia seorang lesbian semasa berucap di pentas Anugerah Golden Globe 2013.
Pada malam award itu, Jodie Foster telah mendapat anugerah pencapaian sepanjang zaman Cecil B. DeMille.
Jodie dalam ucapannya meluahkan bahawa dia kini adalah ‘single’ setelah berpisah dengan kekasih hati dan juga rakan sejiwanya selama 20 tahun iaitu Cydney Bernard.
Walaupun telah berpisah ,Jodie menegaskan tanpa Cydney di sisinya, tidak mungkin dia dapat berada di atas pentas ini untuk menerima anugerah sepanjang zaman kerana sumbangannya dalam dunia perfileman dan juga televisyen.
Namun sebelum membuat pengakuan itu Jodie bergurau dengan berkata dunia hari ini menjangkakan yang setiap selebriti perlu membuat pengakuan terbuka mengenai kehidupan peribadi mereka sama ada di dalam satu siri realiti atau sidang akhbar di hadapan para wartawan.
“Tetapi saya telah menjadi selebriti sejak berusia tiga tahun dan tidak cukupkah itu sebagai satu siri realiti?,” tanyanya kepada para hadirin sambil menambah, “tapi tolong jangan menangis kerana siri realiti saya sungguh membosankan.”
Dan akhirnya beliau berkata; “Jika anda telah menjadi perhatian ramai sejak anda masih kanak-kanak lagi, mungkin anda akan menghargai apa itu yang dinamakan privasi...ia berada di atas segala-galanya.”
Jodie kemudiannya meneruskan ucapannya dengan mengucapkan penghargaan kepada Cydney Bernard, seorang pengurus produksi yang mana beliau sifatkan sebagai bekas pasangannya selama lebih 20 tahun dan bersama berkongsi tanggungjawab membela dan membesarkan dua orang anak lelaki.
Bapa kepada kedua-dua anak tersebut masih menjadi misteri dan rahsia hingga ke hari ini.
Jodie Foster sebelum ini pernah memenangi Anugerah Oskar dan Golden Globe untuk PelakonWanita Terbaik pada tahun 1988 menerusi filem The Accused. Jodie mengulangi pencapaian berganda itu menerusi filemThe Silence of The Lambs pada tahun 1991.
Apapun tahniah Jodie Foster atas pencapaian anda selama ini...

0 ulasan:
Catat Ulasan