Sinopsis Pelamin Di Pusara lakonan Shahz Jaszle, Raja Farah
Pelamin Di Pusara menceritakan konflik cinta yang dihadapi oleh ZAMARUL (Shahz Jaszle) dan MAISARA lakonan (Raja Farah) dalam mempertahankan kesucian cinta mereka dari  perancangan jahat oleh tunangan Zamarul, SURAYA (Diana).

Sebelum Suraya melanjutkan pelajaran ke luar negara, kedua ibu bapa Zamarul iaitu GHAZLAN  dan ZARINA telah memaksa Zamarul bertunang dengan Suraya. Walaupun Zamarul tidak bersetuju dengan pertunangan tersebut, namun dia terpaksa mengalah demi menjaga hubungan baik keluarganya dengan ayah Suraya iaitu ISMAIL kerana Ismail merupakan rakan kongsi perniagaan hartanah ayahnya.

Pelamin Di Pusara

Sebagai seorang yang happy go lucky dan suka bersosial, kehidupan Suraya di luar negara tersasar dari landasan kehidupan yang sebenarnya. Sementalahan pula kehidupan keluarga Suraya di Kuala Lumpur juga agak bebas dan moden, mirip gaya hidup barat. Salah seorang teman Zamarul yang turut belajar di uviversiti yang sama dengan Suraya, apabila pulang ke Malaysia telah menceritakan tentang gaya hidup Suraya di sana. Ini menyebabkan Zamarul makin sukar untuk menerima Suraya, bagaimanapun Ghazlan dan Zarina yang juga mengamalkan gaya hidup ala barat menganggap semua itu adalah perkara biasa.

Kecewa dengan sikap Suraya yang tidak mahu berubah, Zamarul mencari ketenangan di masjid, lalu berkenalan dengan Maisara dan akhirnya mereka saling menyintai. Bagaimanapun apabila Ghazlan terserempak dengan mereka, Ghazlan memaksa Maisara meninggalkan Zamarul.

Telefilem Pelamin Di Pusara arahan Murali Abdullah yang ditayangkan di TV1, pukul 9 malam, Ahad 13 Januari 2012.

Pelakon Pelamin Di Pusara: Raja Farah Raja Aziz, Shahrizal Jaszle  Diana Johor, Khairil Anwar, Nanu Badaruddin, Rashidah Jaafar serta Liza Abdullah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top