Rhoma Irama tetap 'Raja' Indonesia

Sama ada bergelar Presiden Indonesia atau tidak, seniman veteran Rhoma Irama menegaskan, beliau akan terus unggul sebagai 'Raja' di negara berdaulat ini.


Terkenal dengan jolokan Raja Dangdut, Rhoma dilaporkan mahu menarik diri bertanding kerusi Presiden pada Pilihan Raya Presiden Indoensia pada tahun depan berikutan saingan kuat yang diperolehinya.

Rhoma mendakwa pada awalnya beliau tidak pernah berhasrat bertanding, tetapi mengubah pendirian selepas didatangi beberapa parti politik yang menawarkannya peluang untuk bertanding merebut kerusi Presiden.

Antara parti politik yang berjanji menyokong pencalonannya ialah Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Parti Persatuan Pembangunan (PPP).

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan itu pada masa depan, Rhoma berkata, beliau dijangka menandatangani perjanjian rasmi dengan beberapa parti politik.

"Setakat ini, saya cuma mempunyai perjanjian persahabatan dengan Cak Imin (Muhaimin Iskandar). Bagaimanapun, banyak hal yang boleh berubah dari semasa ke semasa," kata Rhoma merujuk kepada perjanjian dengan Pengerusi PKB, Muhaimin Iskandar.

"Tidak kira apa yang berlaku sekalipun, saya akan terus kekal sebagai 'Raja' sama ada menjadi Presiden atau tidak," ujar beliau.

Menurut laporan media, PKB seperti tidak akan melayan sebarang cadangan Rhoma untuk bertanding jawatan Presiden memandangkan, pucuk pimpinan parti berkenaan sudah mengenal pasti calon lain. - Utusan

Antara nama yang disebut oleh PKB ialah Wanita Pertama Indonesia, Ani Yudhyono yang akan diberi sokongan untuk bertanding sebagai pada pilihan raya Presiden Indonesia 2014. - UTUSAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top