Sinopsis Janji Shirah
Janji Shirah mengisahkan Shirah, seorang pelajar kolej tahun akhir jurusan perhubungan awam. Shirah berpenampilan ceria biarpun bukan berasal dari keluarga yang senang. Shirah ada seorang teman lelaki, Luqman yang menuntut dalam jurusan kejuruteraaan. Shirah sangat rapat dengan Mira. Dalam diam, Mira menyimpan perasaan terhadap Luqman dan sudah nekad untuk mendapatkan Luqman dengan caranya tersendiri.

Kakak Shirah, Arfah terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya, Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal dari keluarga kaya. Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada dirinya kelak. Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.



Selepas Arfah meninggal dunia akibat barah otak, Shirah dibebani dengan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak saudaranya. Oleh kerana janjinya kepada Arfah dan juga sikap lepas tangan Zali yang enggan bertanggungjawab, Shirah terpaksa mencari kekuatan untuk menyara hidup 3 adik beradik itu walaupun masih belum habis belajar.

Mira berpura-pura simpati dengan Shirah dan mencari peluang untuk merosakkan hubungan Shirah dan Luqman. Keluarga Shirah pula, Mak Jenah (ibu Shirah), Redzuan (abang Shirah) dan Alina (kakak Shirah) masing-masing mempunyai kesulitan dan alasan sendiri untuk tidak menjaga Balqish, Afiq dan Liana.

Dr. Amir yang merawat Arfah dahulu muncul menghulurkan bantuan. Shirah terharu dengan kebaikannya. Hubungan rapat Dr. Amir dan Shirah telah menimbulkan rasa cemburu di hati Luqman. Justeru, hubungan Shirah dan Luqman menjadi dingin.

Shirah terkejut dengan permintaan Rania untuk Shirah berkahwin dengan suaminya, Dr. Amir demi menyelamatkan perkahwinan mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata. Shirah berada dalam dilema. Apakah ini jalan penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi oleh Shirah? Adakah keputusan Shirah untuk berkahwin dengan Dr. Amir dapat menjaga kebajikan anak-anak saudaranya? Bagaimana pula dengan Luqman? Tontoni ‘Janji Shirah’ bersiaran pada 13 Januari 2013 di TV3, setiap hari Ahad jam 9.00 malam.


Pelakon Janji Shirah

Nabila Huda (Shirah)
Iqram Dinzly (Fahmi)
Airiel Zafril (Luqman)
Ako Mustapha (Dr. Amir)
Fauzi Nawawi (Zali)
Zarina Zainordin (Mira)
Arfah Damanhuri (Mak Jenah)
Zarina Zainudin (Alina)
Sherry Merlis (Arfah)
Airis Yasmin (Nurin)
Ika Nabila (Tintin)
Hairi Safwan (Azri)
Watie Sadali (Raini)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top