Britney Spears umum putus tunang dengan Jason Trawick
Britney Spears mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan pertunangannya dengan Jason Trawick berakhir semalam, beberapa jam selepas mengundurkan diri sebagai juri rancangan realiti, X-Factor.
Britney Spears dan Jason Trawick mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan pertunangan mereka selepas setahun. Mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing, namun dalam masa yang sama masih mengekalkan persahabatan," menurut wakil Spears, Jeff Raymond kepada majalah People.
Awal pagi semalam, penyanyi berusia 31 tahun itu mengumumkan untuk menamatkan tugasnya sebagai juri dalam X-Factor, walaupun hanya terlibat dalam rancangan itu selama satu musim, dengan alasan untuk menumpukan perhatian kepada pembikinan album barunya. - DPA
0 ulasan:
Catat Ulasan