Adi Putra gembira hadirnya Zara Adelia
Adi Putra mengakui kehadiran Zara Adelia yang dipelihara kira-kira tiga bulan lalu menjadi pengikat kepada rumah tangganya yang hampir-hampir musnah pada tahun lepas.
Kehadiran anak itu merapatkan semula perkahwinannya dengan Zuhaida yang dikatakan berantakan sebelum ini, ungkap Adi, dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.
"Tidak boleh kata sejauh mana (kehadiran anak) akan mengekalkan rumah tangga saya. Kami biarkan ia berjalan secara semula jadi. Apa yang penting, doa daripada kami berdua kepada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan," tuturnya mengenai perkahwinan yang dibina sejak 14 April 2006 itu.
Gembira dengan kehadiran Zara, kongsi Adi, setiap kali keluar berlakon dia tidak sabar untuk pulang semula ke rumah malah akuinya, rutin sebagai bapa seperti membuat susu sudah dipraktikkan setiap hari walaupun Zara berjaga pada pukul 4 pagi.
"Ketika ambil dia umur empat hari, saya takut lagi mahu dukung tetapi sekarang bila umur dia sudah tiga bulan saya sudah berani dukung. Kehadiran Zara memang menggembirakan kami (Adi dan isteri). Ia adalah pengalaman baharu buat kami," jelasnya lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan