Lisa Surihani telah kehilangan duit sebanyak RM51,000 dalam akaun bank miliknya.

Apa yang pelik dan mengejutkan, pihak bank tersebut memberitahu, kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana ada pihak tidak bertanggungjawab sudah membuat kad ATM baharu atas namanya. Sehubungan itu, Lisa telah pun membuat laporan polis.

Lisa mengakui dirinya masih terkejut dengan apa yang berlaku, namun pada masa yang sama dirinya perlu tenang menanganinya.

Ikuti temu bual bersama Lisa dengan Kosmo!

Kosmo!: Lisa, bolehkah komen tentang kejadian duit hilang yang terjadi pada anda baru-baru ini?

Lisa : Saya bukan tidak mahu memberi penjelasan kepada pihak media, namun saya tidak boleh berkata apa-apa memandangkan kes ini telah menjadi kes polis. Saya juga masih menunggu jawapan daripada pihak bank dan polis kerana kes ini masih disiasat. Jika ada apa-apa perkembangan, pihak polis akan memberitahu saya.

Wang yang hilang bukan sedikit. Adakah pihak bank berjanji akan membayar semula wang yang telah hilang?

Saya belum mendapat apa-apa respons tentang perkara ini kerana ia masih dalam siasatan. Belum dapat sebarang keputusan. Maafkan saya, bukan tidak mahu berkongsi, tetapi risau mengganggu siasatan. Jika sesiapa yang mendapat maklumat sebelum ini bermakna mereka perolehinya dari polis kerana memang Lisa tidak beri sebarang komen tentang perkara ini.


Bagaimanakah perasaan Lisa ketika ini setelah mengetahui duit simpanan selama ini hilang begitu sahaja?

Saya kini memang sedang keliru dan tidak tahu bagaimana perkara ini terjadi sebenarnya. Ini kerana ia secara tiba-tiba berlaku pada saya. Daripada saya berkata-kata tanpa ketahui apa yang benar dan salah, baik saya diam. Bila setelah kes ini selesai kelak, saya juga lebih selesa untuk bercerita.

Nampaknya Lisa kini kurang terlibat dengan drama. Boleh ceritakan perkembangan Lisa kini?

Saya memang kurang terlibat dengan drama dan filem. Drama terakhir saya berjudul Mana Hilangnya Juwita yang disiarkan di Astro. Kini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri untuk RTM iaitu Maskara.

Selain itu, perancangan saya pada tahun 2013 ialah saya ingin melibatkan diri dengan banyak aktiviti kemasyarakatan. Saya mahu buat perkara yang dekat di hati masyarakat seperti kerja amal dan sebagainya.

Bagaimanakah pula dengan perancangan keluarga. Bilakah mahu memiliki anak sendiri?

Saya tidak punya perancangan dan kini hanya tunggu pada rezeki. Harap peminat dan anda semua dapat doakan rezeki saya untuk menimang cahaya mata. Namun, saya tidak pasti lagi dengan perancangan sama ada mahu berehat atau teruskan aktiviti seni ketika mengandung. Terpulang kepada kudrat diri saya kelak, insya-Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top