Siti Nurhaliza tinggalkan imej ‘tudung berjambul’
Keputusan nekad dibuat oleh penghibur tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk muncul bertudung penuh di khalayak pada sambutan hari ulang tahun ke-34. Imej dulu, Siti Nurhaliza kerap muncul di pentas dan khalayak ramai dengan  hanya berselendang atau berjambul.

Menurut Utusan Malaysia, keputusan itu dibuat pada malam sambutan ulang tahun penyanyi itu pada 11 Januari lalu.

Tudung Siti Nurhaliza


“Sehingga kini, Siti masih lagi tercari-cari imej bertudung yang bersesuai dengan penampilannya sebagai penyanyi yang masih lagi aktif di pentas.

“Bagaimanapun, imej berselendang dengan ‘jambul’ yang kelihatan, sudah ditinggalkan secara perlahan-lahan. Keputusan ini dibuat atas kehendak Siti sendiri dan disokong oleh suaminya, Datuk Khalid Jiwa.

“Semoga semua peminat mendoakan agar perubahan ini berkekalan," beritahu sumber kepada Utusan Malaysia.


Beberapa ahli keluarga penyanyi itu turut memuat naik gambar-gambar Siti Nurhaliza dengan imej terbarunya di laman sosial mereka selepas sambutan majlis ulang tahun kelahirannya di Kuala Lumpur kelmarin.

Imej terbaru Siti dilihat ada persamaan dengan imej pereka muda muslim yang tersohor dari London, Hana Tajima. - UTUSAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top