Malam semalam, GUA telah berkunjung ke hospital swasta di mana Ratnah ditempatkan. Menurut doktor yang bertugas, Ratnah disahkan menghidapi 'bronchitis' selepas menjalani ujian. Peringkat awal ujian ini mendedahkan yang Ratnah mengalami jangkitan pada peparu kanannya yang kini telah disahkan sebagai 'bronchitis'.

 

GUA sempat menemubual Ratnah secara ringkas. Buat masa ini Ratnah lebih fokus untuk kembali sembuh 100% dan semangatnya belum pudar untuk meneruskan cabaran dalam Mentor 5. GUA juga sempat menemubual mentornya, Afdlin Shauki hari ini dan Afdlin juga berpendapat yang sama. Menurutnya, kesihatan Ratnah harus diberi keutamaan pada ketika ini. Setelah sembuh, barulah Afdlin Shauki dan Ratnah mula berlatih untuk Konsert Ke-2 Kumpulan A yang bakal berlangsung minggu hadapan.

 

Pasukan Afdlin Shauki dan Ratnah memohon kepada semua peminat mereka untuk mendoakan Ratnah agar cepat pulih. GUA juga ingin menyampaikan ucapan yang sama dengan harapan Ratnah dapat kembali beraksi.

 

Persaingan Mentor 5 akan diteruskan pada Ahad (20 Mac 2011) ini dengan Konsert Pertama untuk Kumpulan B. Nantikan persembahan Salma/Erra Fazira, Aiman/Rahim Maarof dan Iqa/Edry pada jam 9 malam di TV3. Mahu tahu lagu-lagu yang bakal dipersembahkan? Nantikan artikel seterusnya yang akan disiarkan hari Sabtu ini.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top