APALAH malang nasib naib juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, apabila dirinya sering dilanda episod duka dan kontroversi. Selepas dihambat dengan dakwaan kononnya dia menjalin cinta songsang dengan seorang pengkid bernama Zack baru-baru ini, malah Adira sudah menafikannya, kini beliau dikatakan baru saja menjalani perubatan tradisional di Sabah dan Seremban apabila dirinya dikatakan terkena buatan orang. Atau, lebih tepat lagi kononnya Adira disihir individu yang sakit hati dengannya.

Menurut penyampai cerita, sampai satu peringkat, Adira dikatakan tak kenal siapa pengurusnya dan lebih parah lagi dia kononnya gagal mengecam ahli keluarganya sendiri! Sumber menambah, Adira seolah-olah seperti orang hilang ingatan buat seketika apabila terkena sihir seperti itu. Bertambah kronik, apabila Adira tidak ditemani, dia boleh bercakap seorang diri! Kalau benar cerita ini, Zubir sangat bersimpati dengan nasib menimpa Adira yang juga finalis ABPBH 2010.

Zubir juga diberitahu, selepas pulang ke kampung halamannya di Sabah dan berubat secara tradisional, penyakitnya beransur pulih. Baru-baru ini juga, Adira dilihat menjalani rawatan tradisional bersama seorang ustaz di Seremban untuk `membuang' terus benda kotor yang `dihantar' kepadanya. Zubir dengar cerita lagi, sihir berkenaan `dihantar' kepada Adira oleh seseorang yang terlalu sakit hati dengannya, tapi bukan di kalangan artis. Ustaz itu juga tidak mahu memberitahu siapa yang bertanggungjawab.

Terbaru, Zubir dimaklumkan, minggu lalu apabila Adira menghadiri rakaman pencalonan awal Muzik-Muzik ke-25 (MM25) menerusi lagu Ilusi, keadaannya semakin stabil, tapi dirinya masih tidak boleh ditinggalkan sendirian kerana dikhuatiri fikirannya tertekan. Zubir juga dapat tahu, Adira sudah menjauhkan dirinya daripada berkawan dengan Zack kerana baru dia sedar, persahabatan itu boleh mencalar nama baiknya.

Zubir mendoakan agar kesihatan Adira bertambah baik dan sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhan.

ZUBIR: Terima satu `e-mel puaka' daripada peminat yang marah-marah apabila membaca kisah Daphne Iking minggu lalu. Sabar jelah.

Oleh Zubir Mohd Yunus

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top