afdepan
Seakan baru semalam menyaksikan kemenangan pelajar Akademi Fantasia Musim ke lapan (AF8), Mohd Shahir Zawawi atau Shahir, kini perjuangan AF untuk musim ke sembilan diteruskan bagi mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis di dalam dunia seni suara ini.

Membuat pengumuman rasmi mengenai 12 orang pelajar yang terpilih untuk menyertai akademi popular ini, pihak Astro Ria juga turut mengambil peluang itu untuk memperkenalkan barisan tenaga pelajar yang bakal terlibat dengan program Akademi Fantasia musim ke sembilan (AF9) ini.

Terpilih menerusi sesi saringan pemilihan yang teliti, AF9 ini bakal menempatkan enam orang pelajar lelaki iaitu Afif, Amir, Azri, Erul, Kay dan Raqib, manakala enam orang pelajar lagi ialah pelajar perempuan iaitu Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Nera.

Pelajar-pelajar ini akan menerima tunjuk ajar yang terbaik daripada lima orang guru iaitu Fatimah Abu Bakar selaku guru motivasi dan bahasa inggeris, Adlin Aman Ramli (guru lakonan dan persembahan), Syafizawati Sharif atau Shafi dan Ning Baizura (guru vokal) dan A. Aris A. Kadir (guru tari).

Kembali dengan konsep asal iaitu malam konsert dan malam penyingkiran tidak lagi dilakukan pada hari yang berbeza seperti AF8 yang lalu, jelas Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi, AF9 ini juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan seratus peratus daripada undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (sms) atau AFUNDI.

Mengalu-alukan kedatangan Adlin Aman Ramli dan Ning Baizura sebagai keluarga baru dalam tenaga pengajar AF, dan yakin mereka mampu membimbing pelajar-pelajar AF9 ini dengan sebaik mungkin.

“Ning dan Adlin bukan baru dalam AF ini, sebelum ini mereka terlibat sebagai juri tetap dalam musim-musim sudah, tetapi kali ini kami memberi peluang untuk turut sama memberi tunjuk ajar pada pelajar.

“Melihat kepada pengalaman dan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing, kami percaya ia memberi manfaat kepada para pelajar sekali gus menyumbang kejayaan kepada AF untuk musim terakhir ini,”jelas Azlin.

Bakal memulakan siaran setiap hari Sabtu bermula 9 April ini, AF9 juga akan diserikan dengan beberapa siaran berkaitan seperti Tirai AF pada 2 April pada pukul 9 malam, Kenangan Afnil, setiap hari Sabtu bermula 2 April pada pukul 8.30malam, dan Diari AF yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 4 April pada pukul 9 malam.

Jom kita kenali barisan 12 pelajar AF9

afif

Nama : Ahmad Aliff Afif B. Tirmizie

Nama Afundi : Afif

Umur :
25 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 29 Oktober 1986

Asal : Pahang

Penyanyi Kegemaran :
Amy Search, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza

amir


Nama :
Mohamad Amirullah B. Jahari

Nama Afundi : Amir

Umur :
18 Tahun

Status :
Bujang

Tarikh Lahir :
31 Mei 1992

Asal :
Sarawak

Penyanyi Kegemaran :
Bruno Mars, Frank Sinatra, Aizat

azri

Nama : Mohammad Azri B Abdullah

Nama Afundi : Azri

Umur : 23 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir :
13 April 1987

Asal :
Klang

Penyanyi Kegemaran :
Faizal Tahir, Anuar Zain

erul

Nama : Khairul Najmuddin B Abu Samah

Nama Afundi : Erul

Umur :
19 Tahun

Status :
Bujang

Tarikh Lahir :
5 Disember 1991

Asal : Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran :
Rain, Adam Lambert, Justin Bieber

kay


Nama :
Nur Khaidir B Muhammad

Nama Afundi : Khai

Umur :
22 Tahun

Status :
Bujang

Tarikh Lahir : 22 ogos 1988

Asal : Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran :
Anuar Zain, Siti Nurhaliza, Marc Antony

raqib

Nama : Fahrur Raqib B. Abdul Majid

Nama Afundi :
Raqib

Umur :
20 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 17 Jun 1990

Asal :
Melaka

Penyanyi Kegemaran : Misha Omar, Melly Goslow, Aizat

aida

Nama : Nur Suhada Binti Jebat

Nama Afundi : Aida

Umur :
18 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 17 Mac 1992

Asal :
Melaka

Penyanyi Kegemaran : Katy Perry, Agnes Monica, Faizal Tahir

eka

Nama: Nur Atiqah Binti Shariffudin

Nama Afundi :
Eka

Umur :
21 Tahun

Status :
Bujang

Tarikh Lahir : 31 Oktober 1989

Asal :
Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran : Agnes Monica, Nora, Siti Nurhaliza

laika

Nama: Zulaika Binti Zahari

Nama Afundi : Laika

Umur :
22 Tahun

Status :
Bujang

Tarikh Lahir :
26 Februari 1989

Asal :
Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran : Amir Sofazr, Lan Typewriter, Yuna

lena

Nama: Lenaber Binti Haidir

Nama Afundi : Lena

Umur :
22 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 16 Julai 1990

Asal : Sabah

Penyanyi Kegemaran : Awie, Yusri KRU, Ziana Zain

miza

Nama: Roshammizah Binti Rosli

Nama Afundi : Miza

Umur :
27 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 15 September 1983

Asal : Kuala Lumpur

Penyanyi Kegemaran : Aretha Franklin, Diana Rozz, Janis Joplin

nera

Nama: Quennera Francine Francis

Nama Afundi :
Niera

Umur :
19 Tahun

Status : Bujang

Tarikh Lahir : 7 Januari 1992

Asal :
Sabah

Penyanyi Kegemaran : Jaclyn Victor, Stacy, Siti Nurhaliza

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top