3292011 kaktuadila(a)

Sejak kebelakangan ini, timbul gosip cinta yang mengaitkan aktor Kack, Fahrin Ahmad dengan Zetty Adila Ramly iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ton.

Entah dari mana timbulnya gosip tersebut, namun hari demi hari ia begitu rancak diperkatakan. Hinggakan ramai yang percaya Fahrin betul-betul bercinta dengan pewaris kepada syarikat produksi Global Station Sdn Bhd tersebut.

Secara kebetulan pula, Zetty Adila Ramly memang seorang gadis yang cantik dan berstatus single. Maka, tidak hairanlah, kalau gosip seperti ini hinggap dan singgah dalam kehidupannya. Tapi, apakah benar Zetty Adila Ramly atau lebih senang digelar Adila mempunyai hubungan cinta dengan Fahrin Ahmad?

Inilah jawapan yang diberikan Kak Ton:

“Sebenarnya memang ada pihak tertentu yang bertanyakan sendiri Kak Ton tentang isu ini. Tapi, apa yang boleh Kak Ton jelaskan kat sini, gosip yang diperkatakan itu memang betul tak wujud.

“Mungkin gosip sebegini mungkin timbul sebab kebelakangan ini, bila orang lihat, Fahrin banyak bekerja dengan syarikat produksi Kak Ton. Padahal, pemilihan Fahrin dalam beberapa drama terbitan syarikat produksi Kak Ton adalah atas kehendak beberapa stesen televisyen seperti TV3 dan Astro. Pihak stesen televisyen sebenarnya yang akan tentukan siapa yang mereka mahukan untuk drama yang bakal diterbitkan oleh syarikat produksi seperti Kak Ton.

“Sebenarnya, Kak Ton pun pelik daripada gosip yang tak betul ini boleh timbul. Sebab, mereka tak pernah pergi ke mana-mana secara berdua. Kalau discuss pasal projek drama pun selalunya kat office saja. Malah, discussion yang dibuat pun sama macam pelakon-pelakon yang lain juga. Malah, kalau nak kata dia rapat dengan Fahrin, tidak juga. Banyak lagi pelakon lelaki lain yang dia lebih rapat. Misalnya dengan Aqasha dan Iqram Dinzly,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Menurut Kak Ton lagi, dia risau juga kalau-kalau gosip yang tidak betul itu boleh mendatangkan impak yang kurang baik pada Adila nanti.

“Bukan apa, Kak ton tak mahu nanti gosip yang macam ini akan jejaskan hubungan Adila dengan pelakon lain. Kak Ton tak mahu diaorang fikir yang bukan-bukan. Kak Ton pun tak nanti Adila sendiri pun rasa kurang selesa bila nak bekerja. Lebih-lebih lagi dengan Fahrin.

“Masa mula-mula Adila bekerja dalam industri ni pun, Kak Ton dah ingatkan pada dia. Jangan terlibat dengan gosip-gosip yang macam ni. Sebab, kita semua bekerja dalam industri yang sama. Nampak macam tak profesionallah.

“Kalau betul, tidak apalah, kalau tidak betul, Adila juga yang rugi. Sebab nanti, takde orang yang nak dekat dengan dia. Lagipun tanggungjawab dia dengan syarikat produksi ni pun agak besar jugak. Itu belum masuk lagi dengan perancangan dia untuk melanjutkan pengajian,” kata Kak Ton yang aka memulakan shooting untuk drama bersiri terbaru iaitu Suria Di Cordoba, Sepanyol dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Adila pula berkata, dia sebenarnya tidak terkejut apabila mendapat tahu tentang gosip tersebut.

“Sebab gosip ini saya dah dengar lama dah. Begitu juga dengan Fahrin. Tapi, mula-mula, kami tidak anggap ia sesuatu yang serius. Tapi, lama-kelamaan, ia
semakin heboh diperkatakan pula. Sejak daripada itu, kami rasa tidak senang juga.

“Apa yang boleh saya nyatakan di sini, gosip tu sama sekali tidak betul. Antara saya dengan Fahrin, hubungan kami hanya terbatas setakat kerja saja dan tidak melebihi daripada itu.

“Saya pun tak faham kenapa saya mesti dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Fahrin. Padahal, saya rapat juga dengan pelakon lelaki yang lain. Misalnya, Aqasha. Saya rasa rapat dengan dia sebelum dia kahwin lagi. Selain itu, saya juga baik dengan Ady Putra. Tapi, tidak ada pulak orang kaitkan mereka dengan saya.

“Adakah sebab Fahrin berstatus bujang, maka orang sengaja cetuskan cerita ini? Saya harap gosip ini akan dapat dihentikan sebab ia akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap kerja saya dalam bidang ini

“Saya tidak mahu nanti ada pelakon lain yang salah anggap dengan saya dan menuduh saya ini cuba mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana pelakon.

Seboleh-bolehnya, saya mahu bersikap adil terhadap mereka. Saya juga mahu bekerja atas dasar profesionalisme. Gosip yang tidak betul seperti ini boleh menjejaskan kredibiliti serta profesionalisme dalam kerjaya saya ini.

“Lagipun, hal-hal seperti ini, boleh menimbulkan rasa curiga dan kurang selesa buat semua orang. Lebih-lebih lagi pada saat kami semua akan terbang ke Sepanyol untuk menjayakan penggambaran drama bersiri Suria Di Cordoba yang akan dijayakan oleh Fahrin, Ady Putra dan Sari Yanti,” katanya memberikan penjelasan.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top