Bakal dikurung dalam sebuah rumah kaca yang terletak di AEON Jusco AU2, Setiawangsa, seramai 12 pelajar Akademi Fantasia bakal melakarkan nama mereka sebagai kumpulan peserta untuk musim terakhir.
Mereka terdiri daripada enam pelajar lelaki iaitu AFIF (Ahmad Afif Tirmizie, 24 tahun, Pahang), AMIR (Mohamad Amirullah Jahari, 18, Sarawak), AZRI (Mohamad Azri Abdullah, 23, Selangor), ERUL (Khairul Najmuddin Abu Samad, 19, Kuala Lumpur), KAY (Nur Khaidir Muhid, 22, Kuala Lumpur) dan RAQIB (Fahrur Raqib Abdul Majid, 20, Melaka).
Manakala enam pelajar perempuan terdiri daripada AIDA (Nur Suhada Jebat, 18, Melaka), EKA (Nur Atiqah Shariffudin, 21, Kuala Lumpur), LAIKA (Zulaika Zahari, 22, Kuala Lumpur), LENA (Lenaber Haidir, 22, Sabah, MIZA (Roshammizah Rosli, 27, Kuala Lumpur) dan NERA (Queennera Francine Francis, 19, Sabah).
Menampilkan kejutan sebelum melabuhkan tirai Akademi Fantasia, kali ini kehidupan dan sesi pembelajaran kesemua pelajar akan dapat ditonton secara langsung di AEON Jusco AU2, Setiawangsa.
Konsep "Rumah Kaca" yang terletak di tengah-tengah pusat membeli-belah tersebut dijangka akan menjadi tarikan utama pusat tersebut selama 10 minggu bermula 2 April ini. Pada musim ini hanya dinding lutsinar yang akan membataskan pelajar dengan dunia luar.
Di sidang media yang sama, Akademi Fantasia turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar yang bakal menggalas cabaran bagi melahirkan bintang untuk industri hiburan tanah air. Kombinasi tenaga pengajar lama seperti Fatimah Abu Bakar (Kaunselor Motivasi & Guru Bahasa Inggeris), Syafizawati Sharif (Guru Vokal Teknikal), A.Aris Kadir (Guu Tarian & Pereka Tari) selain pengajar baru iaitu Adlin Aman Ramlie (Guru Drama) dan Ning Baizura (Guru Vokal Persembahan).
Akademi Fantasia Musim 9 akan mula bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 2 April ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan