Dua orang pegawai kanan Kastam antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu serbuan secara besar-besaran di seluruh negara semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, serbuan secara serentak yang dibantu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dibantu oleh lima agensi lain itu dilakukan terhadap 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk, 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis Kastam di seluruh negara.

Dalam pada itu katanya, pasukan khas yang diketuai SPRM itu telah menyita lebih daripada 150 akaun-akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan. - Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top