Jika anda peminat tegar Rossa , pasti anda sudah tahu dengan kisah terbaru penyanyi berusia 32 tahun ini. Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani telah pun muncul dengan album terbaru berjudul Harmoni Jalinan Nada & Ceria.

 

Album yang memuatkan 14 buah lagu hits ini menimbulkan tanda tanya apabila salah satu lagu baru yang dimuatkan dalam album ini mempunyai persamaan dengan lagu yang pernah dipopularkan oleh Ella dan Shah. Rossa menggunakan tajuk Ku Menunggu, manakala lagu dendangan Ella dan Shah bertajuk Ku Merindu.

 

Mengulas tentang perkara ini, Rossa yang ditemui dalam satu sesi fotografi pada petang tadi memberitahu yang dia sebenarnya sama sekali tidak tahu yang lagu itu pernah dinyanyikan oleh Ratu Rock itu.

 

"Saya mendapat tahu perkara ini hanya selepas lagu ini dirakamkan dan dimuatkan di dalam album. Itupun selepas ada beberapa peminat dari Malaysia memberi komen di laman Youtube yang memuatkan lagu ini. Selepas itu barulah saya berkesempatan mendengar versi nyanyian Ella.

 

Memang ada persamaan, tetapi melodi dan lirik kedua-dua lagu ini ternyata berbeza. Saya membawakan lagu ini secara akustik, sedangkan Ella dan Shah muziknya lebih kepada Pop Rock.

 

Sejujurnya saya tidak melihat persamaan ini sebagai isu yang besar kerana muzik itu boleh didengari oleh sesiapa sahaja. Jika ada yang berpendapat lagu ini diplagiat, rasanya saya bukan individu yang sesuai untuk memberi komen. Mungkin pencipta lagu ini, Mery LC lebih layak," ujar Rossa berterus-terang.

 

Ditanya sama ada dia kesal atau tidak memilih lagu ini, penyanyi bertubuh genit ini memberitahu dia tidak menyesal kerana dia sangat menyukai lagu yang berkisar tentang cinta itu.

 

"Pertama kali mendengar demo lagu ciptaan Mery ini, saya sudah suka dengan melodi dan liriknya. Lantas, saya minta Mery untuk buat susunan muziknya. Ketika itu saya sibuk dengan persiapan Konsert Melodi Cinta Rossa yang diadakan di sini tahun lalu.

 

Saya masih ingat, ketika itu Mery kerap menghubungi saya di sini menggunakan telefon untuk berbincang tentang melodi lagu ini. Selepas tiga kali ditukar barulah saya puas hati," ujar Rossa lagi.

 

Album Harmoni Jalinan Nada & Cerita sudah berada di pasaran Malaysia bermula 18 Disember tahun lalu. Antara lagu yang dimuatkan ialah Atas Nama Cinta, Ayat-ayat Cinta, Hey Ladies, Terlanjur Cinta dan Pudar. Tiga lagu baru yang dimuatkan pula ialah Ku Menunggu, Jagat Khayalku dan Memeluk Bulan.

 

Jika diteliti lirik lagu Ku Menunggu dengan Ku Merindu sememangnya tiada persamaan, namun pendengar muzik harus mendengar kedua-dua lagu tersebut dan membuat penilaian sendiri.

 

Ku Menunggu

Ku menunggu

Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu

Tak akan ku ganggu engkau dengan kekasihmu

Ku kan selalu di sini untuk menunggumu

Cintaiku

Ku berharap kau kelak kan cintai aku

Saat kau telah tak bersama kekasihmu

Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Chorus:

Haruskah ku bilang cinta

Hati senang namun bimbang

(Ada cemburu juga rindu ku tetap menunggu)

Haruskah ku bilang cinta

Hati senang namun bimbang

Dan kau sudah ada yang punya

Ku tetap menunggu

Datang padaku

Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku

Saat kau sadar betapa ku cintaimu

Ku akan selalu setia tuk menunggumu

Na na na na na na na na na…..






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top