Polis di daerah Kishanganj di Bihar, percaya mereka dapat melumpuhkan kegiatan itu selepas empat pekerja India, yang didakwa ditahan sebagai buruh, pulang ke kampung asal mereka Rabu lepas dan membuat pengakuan kepada polis mengenai pengalaman getir mereka.
"Kami menemui empat lelaki yang kembali ke Kishanganj dan kami berpendapat, ada empat lagi di Malaysia.
"Berdasarkan cerita, mereka dipegang sebagai buruh kontrak dan bekerja di sebuah kilang pemasangan motosikal di sekitar Kuala Lumpur dan hanya dibayar RM50 hingga RM60 untuk makanan mereka.
"Semasa soal siasat, kami menemui dokumen-dokumen dan ia menunjukkan ini satu kes penyeludupan manusia. Kami telah memfailkan satu kes terhadap seorang ahli politik tempatan dan menyiasat NGO (badan bukan kerajaan) yang dijalankan oleh ahli politik itu,” kata Penguasa Polis Kishanganj, Ranjit Kumar Mishra dalam temu bual melalui telefon di sini hari ini. – Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan