hi 03.1
SALAH satu persembahan pada majlis kejutan meraikan
hari lahir Erma Fatima yang mencetuskan kontroversi.

PENGARAH Erma Fatima memberitahu, dia tidak menduga majlis yang diadakan secara mengejut bagi meraikan hari lahirnya baru-baru ini, akan mencetuskan kontroversi.

Kata Erma, majlis tersebut diadakan secara tertutup sebagai satu kejutan buat dirinya.

“Jangan dipersalahkan tetamu yang hadir di majlis itu dan janganlah menyalahkan individu yang menganjurkan majlis tersebut.

“Saya tidak menyangka perkara ini (majlis hari lahirnya) akan jadi sampai macam tu sekali.

“Saya faham penganjur yang menganjurkan majlis itu bukannya mahu memalukan saya atau sesiapa pun.

“Saya tidak pandang persembahan oleh paper dolls itu sebagai sesuatu yang menjijikkan. Saya tidak pandang hina dengan persembahan itu.

“Biarlah apa orang nak kata. Kalau di pandangan mata orang lain itu sesuatu yang salah, salahkan saya. Jangan salahkan tetamu atau penganjur atau persembahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Hits ketika menghubunginya yang berada di Mekah atas urusan penggambaran drama.

Erma berkata, dia mohon agar jangan membabitkan nama orang lain kerana dia terima segala kekhilafan majlis tersebut.

Erma juga memberitahu, dia tidak mempunyai apa-apa motif apabila sebuah majlis seumpama itu dianjurkan untuknya.

Sebaliknya, dia memahami majlis itu adalah sebuah kejutan untuknya.

Justeru, dia sendiri tidak tahu apakah persembahan yang dikhaskan untuk meraikannya tetapi memahami niat orang yang menganjurkan majlis tersebut.

“Penganjur yang menganjurkan majlis itu ialah sahabat saya dan saya berkawan dengan semua orang tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

“Tetamu kenamaan yang hadir, hanya duduk untuk lima minit sahaja. Jadi, jangan kaitkan dengan nama tetamu.

“Beginilah, saya tidak melihat majlis itu sebagai satu benda yang menjatuhkan imej saya yang bertudung.

“Saya tahu, bukan niat penganjur untuk memalukan saya. Apabila saya menyaksikan persembahan itu, tak kan saya nak tinggalkan majlis serta merta? Kalau saya berbuat demikian, saya tidak menghormati sahabat yang menganjurkan majlis untuk saya,” tegas Erma.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top