Dibintangi oleh

Maya Karin, Remy Ishak, Faezah Elai, Nadiyatul Nisaa ,Kartina Aziz, Ning Baizura dan Jehan Miskin

Genre

Komedi Romantik

Ulasan

Bermula 31 Mac ini, filem Cun!, arahan Osman Ali akan menemui peminat di pawagam seluruh negara. Filem yang menampilkan Remy Ishak dan Maya Karin ini pastinya dinantikan oleh ramai pihak memandangkan pasangan ini digosipkan sedang hangat bercinta.

 

Apa yang boleh GUA katakan, filem ini cukup menghiburkan kerana ia digarap secara ringan dan santai. Percubaan pertama Osman Ali untuk genre komedi romantik memang menjadi. Pengarah ini berjaya mencari posisi humor setiap pelakon yang terlibat. Maklumlah, bukan mudah mencipta suasana komedi yang boleh memecahkan tawa penonton.

 

Jalan cerita filem ini mudah sahaja. Ia berkisar seorang pengacara popular (Luna) yang lari dari hiruk-pikuk kota kerana kecewa dengan teman lelakinya (Ryan) yang curang. Rajuk hati telah membawanya ke kampung halaman pembantu peribadinya (Tom). Selain jatuh cinta pada kehidupan desa, pengacara popular ini juga terpikat pada seorang jejaka kampung yang comot dan tidak berpelajaran tinggi (Atan).

Remy Ishak Cun Review 01 823528519

Tidak sukar menebak pengakhiran filem ini. Hero dan heroin akhirnya bersatu. Walaupun GUA tidak begitu bersetuju dengan kisah cinta ini, tetapi GUA boleh memaafkan kerana banyak faktor lain yang mendukung kejayaan filem ini.

 

Setiap pelakon beraksi cukup cemerlang. Gandingan Remy dan Maya cukup mantap. Masing-masing memberi dan menerima sehingga nampak seperti benar-benar dilamun cinta. Begitu juga dengan lakonan Faezah Elai. Prestasi lakonannya kali ini jauh berbeza dengan penampilan pertamanya dalam filem 'Otai'. Membawa watak gadis tomboy, Faezah membantu menghidupkan suasana dengan aksinya yang bersahaja.

Maya Karin Cun Review 01 343491097

Satu lagi kelebihan filem terbitan bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Nuansa Sdn Bhd ini ialah ia menghidangkan latar tempat yang mempesona. Berlatarkan kehijauan sawah padi dan suasana kampung yang damai, ia mampu membangkitkan nostalgia penonton yang berasal dari kampung.

 

Secara tidak langsung, ia juga memberi gambaran kepada penduduk kota bahawa masyarakat kampung masih tinggi nilai-nilai murninya. Malah, ikatan kekeluargaan sesama ahli keluarga juga sangat akrab.

Info

Babak pergaduhan di antara Atan dan Ryan di dalam tali air sebenarnya tidak membabitkan Tok Cah, tetapi kerana terlalu menjiwai watak, Kartina Aziz telah masuk ke dalam tali air untuk membantu Atan. Tindakan spontan itu bagaimanapun tidak dihalang oleh Osman Ali.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top