Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, hutang isi rumah berjumlah RM486 bilion tahun lepas atau 55 peratus pinjaman yang diberikan oleh bank.
Antara langkah-langkah yang diperkenal oleh kerajaan untuk mengehadkan hutang isi rumah ialah mengetatkan syarat-syarat permohonan kad kredit dan peraturan gadai janji bagi pinjaman perumahan ketiga dan berikutnya.
“Baki 45 peratus pinjaman itu diberikan kepada perniagaan. Terdapat kebimbangan bahawa perniagaan kecil dan sederhana tidak mendapat pinjaman yang mencukupi.
"Kerajaan mengharapkan bank-bank dapat membantu dalam membiayai projek melibatkan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.4 trilion di bawah Program Transformasi Ekonomi dalam tempoh 10 tahun untuk mencapai Wawasan 2020,” katanya pada pelancaran Persidangan dan Pameran BankTech Asia 2011. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan