Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengharaman penggunaan botol susu bayi polikarbonat mengandungi Bisphenol A (BPA) yang didakwa berbahaya kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak, adalah tidak perlu dilakukan dengan serta-merta.

"Walaupun mendapat gesaan pihak tertentu namun sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh dan terdapat ketidakpastian dalam kajian yang dijalankan oleh badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tempoh masa peralihan selama setahun diberi kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna, manakala pihak industri boleh menarik balik produk terbabit di pasaran serta perlu membuat persediaan bagi mematuhi keperluan pengharaman berkuat kuasa 1 Mac tahun depan, katanya.

Tiong Lai berkata, Kementerian Kesihatan telah memantau perkembangan isu ini sejak 2001 dan rundingan secara menyeluruh juga telah diadakan di antara semua pihak bagi membuat keputusan yang terbaik untuk melindungi kesihatan kumpulan berisiko tinggi iaitu bayi dan kanak-kanak.

Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA) yang direndam dalam air panas melebihi 10 minit akan mempercepatkan proses pindahan BPA kepada susu yang boleh memberi kesan terhadap sistem saraf bayi. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top